Monday, May 3, 2010

A very Good Article to Share

"All aircraft this is Medan Control. We just had an
>
>  earthquake. All systems seems to be normal and
> Medan
>
>  airport is still open." Demikianlah kata-kata
> pengawal
>
>  lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan
>
>  setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika
> itu

>
>  penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki
> di
>
>  ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan
>
>  daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.
>
>
>  Menganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil,
> perkara
>  tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga
>
>  esok hari ketika menonton BBC World News di bilik
>
>  hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis
>
>  adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya
>
>  berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan
>
>  Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar
>
>  "Tsunami" yang menghempas tebing hampir semua
> negara
>
>  di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini
> juga
>
>  mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di
> pantai
>
>  Timur benua Afrika.
>
>
>  Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga
>
>  mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan
>
>  kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba telefon
>
>  bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS.
> Ia
>
>  berbunyi:
>
>
>  Al-Qur'an, surah Mayram, ayat 88-91: "Demi
>
>  sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara
> yang
>
>  besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah
> disebabkan
>
>  yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah
>
>  (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun
>
>  nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa
>
>  mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari
>
>  Natal 25 Disember)." Sila sebarkan kepada orang
> ramai.
>
>
>  Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia
>
>  seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan
>
>  mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk
> mencari
>
>  ayat sebagai "dalil" bagi peristiwa tersebut. Dalam
>
>  suasana manusia seluruh dunia bergegas
> mensedekahkan
>
>  harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas
>
>  mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan
>
>  peristiwa tersebut.
>
>
>  Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang
>
>  terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat
> angkuh
>
>  di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan
>
>  tersebut mereka berkata "padan muka" kepada
> mana-mana
>
>  kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut
>
>  seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku
>
>  banjir besar di Bangladesh, penulis pernah
> mendengar
>
>  di antara umat Islam ada yang berkata: "Itulah azab
>
>  Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak
>
>  betul Islam mereka!" Apabila berlaku gempa bumi di
>
>  bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu
>
>  nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: "Azab
>
>  Allah turun kerana mereka itu orang Syi'ah yang
>
>  sesat!"
>
>
>  Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu
>
>  diubati segera. Mencari-cari ayat bagi
>
>  menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh
>
>  sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan
>
>  sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat
> besar.
>
>  Ini kerana:
>
>
>  1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan
>
>  memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan
> al-Qur'an
>
>  sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang
> memimpin
>
>  al-Qur'an agar secocok dengan apa yang mereka
>
>  kehendaki.
>
>
>  2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu
>
>  keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di
>
>  sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah,
>
>  mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah
> melakukan
>
>  keburukan.
>
>
>  3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap
> Allah
>
>  tanpa ilmu. Apabila mereka berkata "Itulah azab
>
>  Allah", seolah-olah mereka mewakili Allah dalam
>
>  menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu
>
>  berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan
>
>  kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi
>
>  dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya,
> jauh
>
>  berbeza dengan kehendak manusia.
>
>
>  Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu
>
>  diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda
>
>  sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di
>
>  sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:
>
>
>  1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi
>
>  mereka satu peringatan agar kembali kepada
> kebenaran.
>
>
>  2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu
>
>  sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari
> pelbagai
>
>  sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini
> kerana
>
>  manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara
>
>  zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk
> mungkin
>
>  sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia
>
>  pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di
> sisi
>
>  Allah.
>
>
>  3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi
>
>  mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan.
>
>  Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai
>
>  ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh
>  para mujahidin.
>
>
>  4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut
>
>  sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka
>
>  lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar
> dosa
>
>  mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan
>
>  seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa
>
>  azab.
>
>
>  5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut
>
>  sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka
>
>  lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka
>
>  lakukan adalah besar, maka azab tersebut
> berlanjutan
>
>  sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.
>
>
>  6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu
>
>  diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat
> membina
>
>  jatidiri mereka.
>
>
>  7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat
> daripada
>
>  musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan
> yang
>
>  mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya.
>
>  Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian,
>
>  sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.
>
>
>  Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang
> lain,
>
>  kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan
> oleh
>
>  kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua itu
>
>  adalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita juga
> tidak
>
>  boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad
>
>  kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang
>
>  pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita
>
>  yang terselamat daripada musibah, sama ada kita
>
>  mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya.
>
>
>  Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada
>
>  Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa dia terselamat
>
>  daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini
> dilanjutkan
>
>  kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan
> apa
>
>  jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan,
> bantuan
>
>  harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.
>
>
>  Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh
>
>  kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga
>
>  menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada
>
>  ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada
>
>  menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut
>
>  memang layak menerimanya kerana salah laku yang
> mereka
>
>  perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada
>
>  mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa
>
>  tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana
>
>  musibah yang menimpa.
>
>
>  Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin
>
>  mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca
>
>  sekalian agar menganalisa diri kita sendiri.
> Marilah
>
>  kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan
>
>  orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana
>
>  terselamat daripada musibah? Sudahkah kita
>
>  menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada
> menghulurkan
>
>  bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?
>
>
>  Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat
>
>  daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita
>
>  berkata: "Itulah kaum yang diturunkan azab Allah",
>
>  umat-umat agama lain berkata: "Itulah kaum yang
>
>  sangat-sangat memerlukan pertolongan". Dalam
> suasana
>
>  kita berkata: "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh
>
>  kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?", umat-umat
>
>  agama lain berkata: "Apakah yang dapat kita lakukan
>
>  untuk membantu mereka?" Dalam suasana kita sibuk
>
>  mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang
>
>  menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk
> mencari
>
>  peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama
> dalam
>
>  misi penyelamat.
>
>
>  Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding
>
>  umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita
>
>  berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang
>
>  menyamai umat-umat lain tetapi  melebihi mereka.
>
>  Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu
> yang
>
>  dituntut oleh Islam:
>
>
>  Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang
>
>  masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah
>
>  kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja
> kamu
>
>  berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua
>
>  (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima
> balasan);
>
>  sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
> sesuatu.
>
>  [al-Baqarah 2:148]
>
>
>  Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan
>
>  kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang
> satu),
>
>  tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan)
> apa
>
>  yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu
>
>  berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada
> Allah
>
>  jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan
>
>  memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan
> padanya.
>
>  [al-Maidah 5:48]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails