Tuesday, October 18, 2011

im in korea!!

assalamualaikum
it been a long time i did not write new post
maybe im busy and now,im at another world!!

plzz come to fetch me go back to Malaysia!!! ;p

Saturday, July 2, 2011

LI Ku~

Heya~~musim LI yo~ ape itu LI..LI atau Latihan Industri ialah subjek wajib dekat Uni aku dan ade Uni yang tak mewajibkan LI ni..Aku LI kat hometown aku..bukan sebab aku nak "sangat" LI kat rumah ni tapi ayah aku risau sangat kat aku...kekekeke...aaa..tapi best jugak duduk rumah, at least semua makanan dan pakaian ditanggung oleh sugar dediku~

BTW, aku LI kat sebuah syarikat baik2 mesin hospital ni. Baru aku tahu macam mana sistem hospital ni (baru dapat tengok dunia luar). Sedangkan selama ni aku hantar ambil mak aku keje, tapi tak penah ambil port pasal sistem hospital ni. So memang buka mate aku dengan dunia luar la. 

Kerja ni memang mencabar gile. Baru aku tahu macam ni la mak dengan ayah aku kerja. Kerja seorang juruteknik, angkat barang berat-berat. Semua alat portable aku dah angkat memang walaweh berat lew. Tapi aku rase seronok pulak keje ni, minda terbuka tapi kadang-kadang busan jugak sebab buat kerja yang sama je tiap hari. 

Mesin Hemodialisis 
SPO2 probe...abaikan kegedikan tu
photolight

10 PERASAAN AKU SELAMA SEBULAN SEMINGGU KERJA :

1. Kerja ni pusat penyebaran gusip yang utama.

2. Dengki mendengki ni dah jadi habit dalam hidup pekerja.

3. Kene marah, tengking, perli tu memang makanan die lah.

4. Mengelat dan mengulat tak lari dari tempat kerja.

5. Hubungan sosial memang luas dan tak macam mase sekolah dan uni dulu.

6. Makan hari-hari dan  dah gemuk. T_T

7. Mengenali RADIX 1st time dalam hidup dan soooooo00oo addicted.

8. Angkat file-file berat..aiyooo.

9. Dibelanja org makan. (^_^).

10. Suka duka dihadapi bersama.~~

So pesanan buat adik-adik yang nak LI tu, hayati tiap LI anda dengan sejuta pengertian dan melihat dimensi yang baru dengan minda yang terbuka.

Friday, May 27, 2011

Long Time No See

Dah lame aku tak berblogging ni..dah dekat lima bulan aku tak silap..sekarang ni banyak blog gurl yang dah femes macam Fatin Liyana , jari runcing( sebab bf die yang glemer tahap baban tu...nada jelez), ko ingat ko sorang je ade bf nyah, bf i lagi hebat, engineer gitu, xkeco pun~~ lalalal...

aha...skarang ni aku tengah praktikal dkat one of company dekat hometown aku..suke x? bolehla~~~~aku agak di anak tirikan di sini sebab most juruteknik kat sini lelaki so die asyik bawak member aku jerla..syarikat pe?? biarla rasie, tunggu aku dapat gaji elaun dulu ea baru aku mention name syarikat tu...

sekarang ni musim busan, kerja...oh... aku memang tak suke kerja ni..sebab? sebab? sebab? kene bangun awal la sebab ape lagi, kalau dulu bangun pun mase lunch, bangun2 terus boleh makan ( jangan lupe mandi dulu ea), sekarang pukul 7.15 dah kene bangun ( aduai..jgn lupe solat dulu yer tuan tuan dan puan puan)....T_T

ok la...aku pun dah kering idea nak tulis ape sebab mengantuk ni..esok kerja pulak T_T...
xpe2... dugaan kecil je semua ni..
lagi satu nlog aku takde malware yer..so jenguk2 la selalu kays~~

muahks~~

Friday, April 29, 2011

Okay, let's make a deal. I win the iPad 2, you win the movie passes. Win-win for both of us right? #Churp2race

Tuesday, February 22, 2011

Soley-Soley

salam,

pendek je entry hari ni
pasal lagu soley-soley
sape-sape penah tgk citer wayang Mamat Khalid ni
memang tak kan xtaw punye kan...

Pakwe aku suke sangat citer Hantu Kak Limah Balik Kampung, walaupun dah lame dah citer ni tayang kat panggung, tambah-tambah baru-baru ni aku terdonlod secara illegal memang lagi tegar la die ulang ayat kat dalam citer tu. Aku rase lagu tu memang unik + pelik, bahase ape ea? Rusia ke Perancis or Jerman, ape-ape jela. Ape pun mari kiter bersoley2~~

ni lirik ni..nyanyi la..

soley~soley~
ust a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came back.

Oh
Soley
Soley
Soley
Soley
Soley
Soley
Oh
Soley
Soley
Soley
Ley
Soley
Soley
Soley
Ley
Soley
Soley.

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the sand.

Oh
Soley
Soley...

...sekian...

Sunday, February 20, 2011

Mahasiswa Suka Belajar Semua Benda

Terlalu berkira untuk belajar

Oleh Ihsan Noorzali
rencana@hmetro.com.my

KONSEP LUAS...konsep pembudayaan ilmu tidak hanya terhad terhadap buku semata-mata malah terbabit dengan pelbagai aktiviti masyarakat juga boleh menyumbang kepada penambahan maklumat berguna.
BAGAI tiada kesudahan, isu pencapaian mahasiswa di menara gading sering kali dijadikan modal pertelingkahan dan perdebatan yang akhirnya mengundang persepsi negatif masyarakat.
Apatah lagi momokan seperti tiada daya juang, gagal bersuara, tidak patriotik selain minda tepu dijadikan modal menghentam golongan terbabit menjadikan senario berkenaan tidak berpenghujung.

Lebih memburukkan keadaan apabila warga IPT menjadi antara penyumbang terbesar masalah gejala sosial masa kini menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, apa jadi kepada golongan diiktiraf bijak serta terpelajar ini.
 
Jika mereka tiada penghayatan tulen terhadap proses pembudayaan ilmu bolehkah golongan ini memikul tanggungjawab berat mentadbir negara pada masa depan? Atau adakah masyarakat bersalah kerana terlalu cerewet dan enggan mengikut rentak dunia mahasiswa yang kian moden.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Prof Dr Zakaria Kasa, berkata kurang kesedaran kepentingan ilmu menyebabkan mahasiswa mengambil mudah konsep pembudayaan ilmu serta pendidikan.

Malah, katanya sikap segelintir mereka yang terlalu culas dan berkira untuk belajar bagai membenarkan lagi tanggapan masyarakat mahasiswa memasuki IPT hanya untuk mendapatkan segulung ijazah biarpun tanpa kualiti.

"Inilah dilema IPT masa kini. Bagi mereka, apabila diterima masuk ke menara gading, bermakna ilmu itu sudah tersedia dengan sendirinya.

"Ilmu itu sangat luas dan perlu dicari, bukan hanya menunggu atau diberi pensyarah. Fungsi IPT untuk merancak, menyalur serta meninggikan martabat ilmu bagi melahirkan golongan terpelajar dan berkualiti dalam hidup.

"Diterima belajar di IPT, tidak bermakna seseorang itu sudah pandai kerana proses sebelum mencapai satu kedudukan diiktiraf masyarakat memerlukan pelbagai kesukaran, pengalaman dan kemantapan ilmu.

"Mahasiswa perlu sedar hakikat ini dengan meletak proses penjanaan ilmu itu sebagai budaya penting di menara gading. Malangnya mereka sering alpa dengan keseronokan dan kebebasan," katanya.

Isu pengangguran mahasiswa yang tiada kesudahan, pencapaian kurang memuaskan selain masalah sosial yang semakin merebak menjadikan golongan terbabit dipersalahkan masyarakat.

Dr Zakaria, berkata menyalahkan masyarakat tidak mendatangkan manfaat kerana mereka komuniti terbesar yang bebas menyuarakan pendapat atau pandangan.

Katanya, mahasiswa sendiri perlu bangkit membuktikan tanggapan itu salah.

"Dalam konteks ini, masyarakat adalah komuniti yang bebas melahirkan pandangan, emosi atau kritikan dan mahasiswa tidak boleh melenting sebaliknya perlu berfikiran terbuka dan menerima teguran.

"Masyarakat mahukan yang terbaik kerana golongan IPT ini menjadi sandaran. Mereka penerus kesinambungan negara yang bakal menentukan corak serta hala tuju masyarakat lain pada masa depan.

"Jika budaya ilmu semakin kurang menyerlah atau tidak dihargai, bolehkah masyarakat yakin pada mereka? Sebab itu golongan ini perlu bangkit, ubah sikap dan sukakan ilmu.

"Inilah cabaran sebenar iaitu bagaimana mahu 'menutup' mulut masyarakat daripada terus bersuara," katanya mengakui proses pembudayaan ilmu di kalangan mahasiswa perlu dilakukan secara berterusan, agresif selain disuntik dengan elemen nilai keperibadian unggul.

"Impak proses ini bukan boleh dilihat sekelip mata sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan.

"Konsep pembudayaan ilmu terhasil melalui pengalaman, pengukuhan pengetahuan dan perkongsian serta penyebaran maklumat," katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa merebut peluang sepanjang tempoh pengajian untuk memantapkan penguasaan ilmu.

"Minda perlu terbuka, anjakan paradigma mesti dilakukan dan memahami konsep memperoleh ilmu tidak semestinya menerusi buku semata-mata.

"Perkongsian maklumat dengan pensyarah, penyelidikan, kerja lapangan, latihan industri serta komunikasi dengan masyarakat luar juga proses pembudayaan ilmu.

"Perlu akur dan menerima hakikat, masyarakat akan terus membuat penilaian tanpa henti sama ada suka atau tidak.

"Ini bukan memperlekehkan, tapi sebagai dorongan ke arah anjakan minda yang lebih baik, jadi terpulang sama ada untuk mengalah atau tidak," katanya.

>INFO:
Penasihat Persatuan Mahasiswa Islam (Permai) Prof Madya Syed Omar Syed Agil, menggariskan kriteria mahasiswa bermoral sebagai:
> Harus berpegang teguh pada ajaran agama.
> Mentaati dan menghargai kedua ibu bapa
> Mampu mengawal nafsu
> Menghiasi diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik.
> Tegas dengan prinsip dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya
> Tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama

Menjawab segala pernyataan di atas, aku selaku mahasiswa ade alasan tersendiri, bukan mencari alasan tapi menangkis segala tuduhan semberono yg ditulis oleh insan berkenaan yang melihat mahasiswa dari sudut yg kecil terlindung dan pandangan sendiri.

Sebelum "masyarakat" menuduh mahasiswa, adakah mahasiswa sendiri bukan sebahagian dari masyarakat ?

Berkaitan pembudayaan ilmu yang berkesan, setiap pelajar mengikuti kuliah yang ketat serta matapelajaran yang susah. Jadi sekali sekala kami ingin juga menghilangkan tensen dengan keluar berjalan dengan kawan-kawan dan sebagainya. Isu ini lebih patut ditujukan kepada IPTS kerna mahasiswa IPTA kebanyakan dari keluarga yang sederhana, jadi mereka tahu tanggungjawab yang perlu dipikul masing-masing.

Selain itu insan yang menulis mungkin mengambil subjek kewartawanan yang mencabar juga tapi tak semencabar subjek yang pelajar kejuruteraan, doktor, farmasi yang ternyata memerlukan masa dan penelitian yang tinggi.

Harap dapat diubah persepi masyarakat terhadap pelajar kerna kami juga masyarakat dan kami juga sedar tanggungjawab sendiri. Jangan hanya tahu menuduh sedangkan tak tahu butir2nya. Kami sangat tak berkira untuk belajar, dan kami suke belajar.

Sekian, kami yang hina.

Saturday, February 19, 2011

Ciri-Ciri Pemimpin

Sekarang ni warga UTM skudai sibuk berkempen disana sini, ibarat pilihanraya peringkat negara. Banner digantung disana sini dan bronchure di sebar dari bilik ke bilik. Pelbagai manifesto di war-warkan seperti itu ini begitu begini, " saye janji akan buat itu ini. dll.. Adakah perlu kite memilih pemimpin yang kite tak kenali dan bile ade hal-hal sperti pilihan raya baru "nampak muka" , baru "bertegur sapa". Sebelum ni, aku selaku senior dorang tak pernah di tegur sedemikian rupa. Arggh.. mainan politik semua ni. Yang untung sape? Tentulah mereka yang bermain politik. Kalau nasib baek, mungkin ape yang dijanjikan akan menjadi kenyataan, tapi jika tidak tentulah tinggal hangat-hangat taik ayam . Tak lupe juge berkempen mengikut perkauman, di kaum tu die cakap lain dan di kaum lain die cakap lain. Ini semua lumrah manusia. Mengikut kajian, manusia akan berbohong sebanyak 6kali dalam sehari, jadi percayakah kite ape yang mereka janjikan? Percaya saje, tapi jangan ambik pusing dengan cakap " arrghh kau bohong saje" tapi memadailah dengan senyum dan angguk tanda paham bukan tanda setuju. Tapi bak kata pepatah jangan Melayu hilang didunia ( ni aku reka sendiri ) Hang Tuah pernah berkata tak kan Melayu hilang didunia. Melayu ialah bangsa yang paling luhur, berbudi bahasa, sopan santun dan soft-hearted. Jadi Insyaallah akan terus maju walaupun dikatakan masih mundur dek kemajuan arus dunia. Biar kite lambat dari segi arus kemodenan, tapi kite tetap memegang pada nilai-nilai murni. Kerajaan yang cepat maju, akan cepat tumbang. Lihat saja di New York, Amerika Syarikat negara yang dikatakan negara dunia pertama. Pengangguran, kes jenayah, masalah sosial adalah paling buruk sekali didunia. Perlukah kita maju seperti mereka?? Renung-renungkan, aku tak radikal tak juga liberal, aku insan biasa yang hidup secara sederhana mengikut lunas-lunas yang betul~~
Dalam memilih pemimpin, Al-quran dan Hadits telah memberikan petunjuk, baik secara tersirat mahupun tersurat.
sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas:
Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredhai Allah dari pada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (HR. Hakim)
Di antara kriteria pemimpin yang harus kita pilih adalah :
1. Seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Kerana ini merupakan jalan kebenaran yang membawa kepada kehidupan yang damai, tenteram dan bahagia dunia mahupun akhirat. Di samping itu juga harus yang mengamalkan keimanannya itu yaitu dalam bentuk amal saleh.
Allah berfirman: “Dan jadikanlah kami sebagai imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Furqan : 74).
Dalam ayat lain Allah berfirman :
Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” (QS Ali Imran )
2. Berilmu
Yang dimaksud dengan ilmu tidaklah hanya terbatas pada al-tsaqafah (wawasan). Wawasan hanyalah sarana menuju ilmu. Ilmu pada dasarnya adalah rasa takut kepada Allah. Kerana itulah Allah berfirman,
“Yang takut kepada Allah diantara para hamba-Nya hanyalah para ulama” (QS. Faathir: 28).
Ibnu Mas’ud pun mengatakan,
Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, akan tetapi ilmu adalah rasa takut kepada Allah”.Marilah kita tengok bagaimanakah kriteria para penguasa yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Qur’an. Dalam hal ini kita akan mengamati sosok Raja Thalut (QS. Al-Baqarah: 247), Nabi Yusuf (QS. Yusuf: 22), Nabi Dawud dan Sulaiman (Al-Anbiya’: 79, QS Al-Naml: 15).
3. Memiliki kekuatan Fizikal (sihat jasmani dan rohani)
Ini terungkap dalam Alquran surat Al-Qashash ayat 26:
Sesungguhnya orang yang paling baik engkau tugaskan adalah yang kuat…”
Kekuatan fizikal merupakan syarat utama dalam memegang tanggungjawab berat mengurus umat. Dengan stamina yang prima pemimpin akan maksimal mencurahkan tenaga, pikiran dan waktunya mengurus umat. Bukan sebaliknya, umat yang memikirkan dan mengurus pemimpin yang sakit. Kriteria kuat fizikal ini menjadi salah satu alasan Nabi untuk tidak memberikan jabatan kepada Abu Dzar.
“Wahai Abu Dzar, aku melihat engkau lemah. Aku suka untukmu apa yang aku suka untuk diriku. Karena itu, jangan memimpin (walau) dua orang dan jangan pula menjadi wali bagi harta anak yatim” (HR Bukhari Muslim).

4. Bersikap adil, jujur dan dapat dipercaya.
Allah berfirman:
Sesungguhnya engkau menurut penilaian kami adalah orang yang kuat lagi terpecaya” (QS. Yusuf: 54).
Sifat terpercaya berkaitan dengan kemampuan mengendalikan diri, tidak menyelewengkan jabatan untuk mencari keuntungan secara tidak sah.
Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh) apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia, supaya menetapkan dengan adil” (Qs. An-Nisa: 59).
Rasulullah bersabda tentang pemimpin yang adil:
Orang yang bakal paling dikasihi oleh Allah dan yang paling dekat di sisi-Nya kelak pada hari berhisab ialah pemimpin yang adil, dan orang yang bakal paling dibenci Allah pada hari berhisab dan bakal menerima siksa azab yang sangat pedih adalah para pemimpin yang dzalim.” (HR Tirmidzi)
5. Konsisten memikul tanggung jawab (Amanah)
Maksudnya adalah melaksanakan aturan-turan yang ada dengan sebaik-baiknya dan bertanggungjawab terhadap peraturan yang telah dibuat. Dan tentunya peraturan yang dibuat itu yang berpihak kepada rakyat dan tidak bertentangan dengan hukum Allah dan rasul-Nya.
6. Memiliki keberanian (tegas) menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar
Syarat terakhir yaitu keberanian kerana tanpa keberanian, segala sifat-sifat terdahulu tidak akan dapat dijalankan secara efektif. Tegas bukan bererti otoriter, tapi tegas maksudnya adalah yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah serta melaksanakan aturan hukum yang sesuai dengan hukum Allah dan rasul-Nya.
Wallahualam..

[PEaCE No wAR]

Saturday, February 12, 2011

Cerita Mesir, Dan Iktibar

Assalamualaikum wbt...Kisah ini merupakan dari email seorang sahabat dan ingin aku kongsi bersama untuk tatapan semua. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, tapi ini bukan kisah percintaan tapi merupakan kisah yang patut dijadikan iktibar untuk semua orang termasuk kite sendiri dan beristigfar banyak-banyak lepas bace kisah ini.

Bismillahiramnirahim...

Assalamualaikum

Untuk perkongsian bersama, ni cerita dari kawan yang pi belajar kat sana. Dia cerita ringkas je apa yang jadi kat sana. dia kata apa dia nampak sikit je, kawan2 dia nampak lagi banyak. Wallahu'alam.

kat Mesir
Hari rabu 27 hb ana br habis exam
time tu 25 hb org2 mesir dah mula buat demo secara aman
pastu org mesir cadang nak buat besar2an hari jumaat 29 januari
demo tu utk minta husni mubarak turun
sbb dah 30 tahun rakyat hidup miskin,pengangguran tinggi
rakyat tak tahan bawah pemerintahan husni
lagi satu sbnrnya mesir baru lepas piluhanraya
patutnya husni dah turun tahun ni
tapi sistem demokrasi mesir yg kotor tetap menangkan husni Mubarak
jd bila rakyat tgk tunisisa
rakyat tunisisa berjaya halau presidennya
rakyat mesir pun semangat utk buang benda yg sama
pastu hari sabtu pagi tu ana sempat jalan luar ke daerah lain
time tuh dah ade perintah berkurung
6ptg-8pg
kt org keluar lps 8 pagi
ok jap
jumaat tu
dah terasa lain
sbbnya kawasan perumahan ana sunyi sgt
pastu biasa sebelumm solat jumaat
akan ade bunyi ngaji dr masjid
tapi peliknya jumaat yg 29hb tu
sunyi sgt
dua masjid jek dengar bunyi ngaji
satu masjid jek ade khutbah
nak kate nye rakyat mesir pergi demo
ok hari jumaat yg besar2 an dinamakan Jumaat Hari Kemarahan (Jum'ah al-Ghadab)
ok pastu lepas jumaat ingat nak pegi beli barang
tapi takde transport langsung
dr bas,teksi,mikro bus
semua tak nak jalan
pastu ana dgn kwn ana cepat2 beli barang kat supermarket
sbb dgr2 nak ade perintah berkurung sebulan
takde makanan sume
so kt org mmg prepare semua bhn makanan lah
ok pastu sabtu tu
ana pegi Tanta (daerah luar Mesir)
nampak dah kesan trak2 polis dibakar
divider2 kat jalan tumbang
sedih sbnrnya
sbb kemusnahan nampak kat mane2
pastu sampai kat destinasi dah nampak trak2 tentera yg bersenapang
ade 3 trak
time tuh dah rasa something
pastu bermalam kat rumah kawan
time malam tgh duduk sembang2 tiba2 dengar bunyi org2 arab bising
jenguk ke bawah nampak depa kat area depan rumah kt org sambil pegang kayu dgn parang
pastu br kt org tahu
banduan dilepaskan drp penjara
betapa jahatnya kerajaan husni Mubarak
ok jdnya org2 arab buat hirasah
utk jaga bangunan2,rumah2 dia org drp dimasuki penjenayah
malam2 mmg dgr lah bunyi das2 tembakan
dan org2 awam ade sebhgian yg ade pistol
ana tak sure dapat drp mana
ok pastu ahad pagi tu jt org baik semula Cairo
mmg nampak dah kereta kebal bertebaran
pastu askar buat sekatan
check setiap transport
pastu setiap kawasan perumahan mmg org Arab jaga ramai2
check setiap orgyg nak masuk rumah
pastu ade jumaat yg kedua (minggu kedua rakyat demo secara aman)
namenya Jum'ah al-rahil (jumaat hari penentua)
penentua
rakyat nak sangat husni mubarak turun
ade 3 tempat utama yg depa demo
Tahrir,Muhanddisin dgn lagi satu tak ingat
cume ramai kat Tahrir dgn Ramsis rasanya
pastu time ni lah ade ikhtilaf ulama'
Yusof Qardhawi keluarkan kenyataan siapa yg mampu utk keluar jumaat ni keluarlah
sama ade menang atau syahid
ramai lah rakyat keluar
tapi mufti mesir lain pendapatnya
dr Ali Jum'ah keluarkan kenyataan supaya rakyat tak keluar supaya tak banyak kemusnahan berlaku
jadi rakyat bebas memilih
pastu lepas jumaat tu kt org pergi airport
nak dipindahkan ke Jeddah
dan akhirnya sampai Msia
mcm tu lah cerita nya

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak haraj”. Bertanya para sahabat, “Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Pembunuhan! Pembunuhan!” (Muslim)

Tanya diri kita, mana kita berdiri depan Allah nanti? Siapa kita depan Allah nanti? Kita sibuk buat kebajikan untuk manusia, untuk dapat pengiktirafan, tanya diri sendiri, apa kita buat untuk Islam. Bila kita dibangkitkan Hari Akhirat nanti, dibelakang siapa kita akan berdiri? Belakang Nabi Muhammad atau belakang kaum laknatullah orang kafir? Apa agamamu malaikat tanya, di dunia kita fikir kita boleh jawab tapi di kubur nanti mulut kita yang jawab.

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Friday, February 11, 2011

Macam Mane Nak Tutup EDGE pada Blackberry 8520

Hye, Assalamualaikum wbt..selamat hari Jumaat~
Dah lunch? Bagi lelaki tu cepat-cepat sikit makan tu, nanti nak pergi solat Jumaat.

Hari ni aku nak kongsi tutorial untuk yang mengalami masalah semasa menggunakan smartphone blakcberry 8520. Pernah tak korang mengalami keadaan mane kedit anda selalu kene deduct ( tolak ) walaupun korang tengah lena dibuai mimpi? Banyak pulak tu, kadang-kadang baru topup rm3 tengok kredit balik esok hari dah tinggal 2o sen ..wat ke de hal? Ini disebabkan fungsi edge di hp anda yang mana kedit akan ditolak berdasarkan A & T oleh maxis/ celcom/ digi. Untuk mengelak perkara ni berlaku dan korang tak perlu bayar untuk ape yang korang tak pakai aku ade carenye. jeng2

Step by step :

1.Dari butang menu , tekan butang "option".

2. Klik pada " Mobile Network ", klik " data services" dan "data roaming" menjadi "off".

3. Tekan save.

4. Untuk memastikan berjaya atau tak lihat pada sudut atas kanan skrin, EDGE bertukar menjadi edge.

Mudah kan.  Selamat mencuba~~

Setting Internet Wi-fi Blackberry 8520

Assalamualaikum wbt..
hye, hari ni aku nak sharesedikit info pasal telefon pintar blackberry 8520. Sesape yang baru beli hanfon ni pasti blur kan macam nak seting semua yang ade sebab bb ni tak same dengan hanfon yang biasa kite pakai macam nokia, SE, dan Samsung. BB ni banyak songeh sikit, so sabar sikit yer. 

Tutorial aku hari ni ialah macam mane nak setting wi-fi :

1. Pergi ke setting di menu.
2. Tekan "Advance Option ", kemudian pilih browser.
3. Default browser pilih "Hotspot Browser" dan save.

selamat maju jaye~ 
sesiape ade pertanyaan sila tinggalkan komen anda dan aku akan balas cepat mungkin yer.~

Sunday, February 6, 2011

Pdf to Ppt Converter

AKu ade masalah nak bukak pdf aku..grr...nak print pun tak bole...(sebenarnya print aku tu suroh tuka yang baru)..tapi aku tak nak sebab aku sayang kat die lagi..aww..so aku taip la " pdf to ppt converter" sebab aku sayang sangat dengan printer aku yg pertama ni..

so keluar la laman web ni:

walaupun free trial tapi bole la untuk zaman kecemasan ni..kalau tak mesti tak dapat stadi kan kan kan hp printer syg~

Thursday, January 27, 2011

Phobia 1 : Episod Pertama

Setiap yang berlaku dalam hidup pasti ade yang bawak bad memory kan, bad memory atau/ phobia dalam hidup aku ialah untuk BERKAWAN RAPAT. Aku jenis yang suke bergantung pade orang dulu-dulu, aku tak boleh hidup sorang-sorang dan semua orang pun aku rase macam tu kan. Aku dulu ade kawan yang sangat aku sayang. Serius shit yang aku pernah berniat suci untuk berkawan dengan dorang selamanya. Tapi aku ade buat sedikit kesilapan yang aku rase tiap orang boleh maafkan. Aku tak sebarkan fitnah dekat dorang, aku cakap berdasarkan fakta. Tapi dorang rase aku ni tak boleh dibuat kawan. Aku jadi frust, tension, result exam aku jatuh sebab aku dipulau dengan kawan baik aku sendiri. Aku menyendiri, makan sorang, kadang-kadang aku tak makan sebab tak de teman. Memang tym tu aku rase saket sangat, aku asyik nanges je. Naseb baek aku ade my ba, die kadang-kadang teman aku makan, buat homework dengan aku, banyak tolong aku.

6 bulan aku tersiksa, aku ade mintak maaf  kat dorang, banyak kali, tapi layanan aku terima tak sama. Jadi, aku berazam, tak nak kawan rapat dengan sesape dah. Im done! Aku nak kawan dengan  semua orang, biar aku takde kawan rapat dari hidup aku terjejas, masa depan aku malap. Macam ni ke kawan? Entahlah, mungkin aku tak sesuai berkawan dengan dorang. Aku doakan dorang berjaya dunia akhirat. Phobia aku sekarang ialah mempunyai kawan rapat. Hope one day aku dapat atasi fobia ni dan dapat mencari kawan yang sejati.

Monday, January 24, 2011

Kereta Sewa

Sesape student uia Gombak ataupun kawasan yang sewaktu denganya yang perlu menyewa kereta pada hari Sabtu & Ahad boleh melihat blog ini :

sebarang pertanyaan atau rundingan harga boleh menghubungi nombor ini :

Fakhrul: 016-3355220 begin_of_the_skype_highlighting              016-3355220      end_of_the_skype_highlighting
Fara: 017-6592415 begin_of_the_skype_highlighting              017-6592415      end_of_the_skype_highlighting

Sunday, January 23, 2011

Padah Minum Nescafe 3 in 1

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.  
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.  
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.  
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.  
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah
non dairy creamer 3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada

nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring

kredit:http://www.facebook.com/note.php?note_id=170335586321018&id=100000643944209

Air Mata Jantan!!! Huuuukk~~

Malam ni air mata jantan aku menitis. 
Bukan sebab Icon aku cedera ataupun hati ini dicederakan tapi insaf melihat insan yang bernasib lebih malang dari diri ini.
Jikalau dulu selalu mengeluh kenapa la power spec naek tiap tahun, tapi aku perlu bersyukur yang aku masih mempunyai mata untuk melihat.
Jike selame ni aku mengeluh kenapa la duit tak cukup nak makan, sedangkan orang lain terpaksa mengerah keringat selama 40 minit untuk mendapat wang sebanyak RM25. 
sedangkan kite habiskan duit yg kerajaan bagi utk tgk wayang, beli hanset,lagha.
Sedangkan penyagak, penyamun, perompak yang sempurna pancaindera tak sanggup untuk mencari kerja yang halal, tapi insan cacat ini berusaha keras, urat-urat timbul, tangan tergagau -gagau mencari tuala, tangan tergagau lagi mencari losyen, cekal, tak pernah mengeluh atas nasib menimpa diri. 
Tak pernah curi tulang, Ya Allah, kau telah bukekan hatiku dengan dunia, dunia ini bukan pasal diri ini saje, tapi untuk orang lain.
Yang berharta, tunaikan lah zakat untuk membantu insan-insan yang cacat penglihatan, yang tak mampu melihat warna-warni duina..hmmm

Friday, January 21, 2011

Thaipusam + Migrain

Gud day everyone. Hari ni hari cuti umum, Thaipusam, aku nak wish to all member aku yang sambut Thaipusam ni hepi-hepi lah yer. Permulaan hari ni aku bangun agak awal, pukul 9.30 am sebab nak siapkan report untuk meeting. Then,  petang tu baru jejalan, pergi Skudai Parade maen bowling. Sejak akhir-akhir ni prestasi aku main ni agak baik, ( tu seronok je nak main bowling.hehehe). Aku menang game tu, 82-71. Lane die agak pelik sebab licin sangat kot. Bola asyik serong je. My c yang terer main pun jadi kucar kacir.

Then, kami karok lagi peberet my c,Cinta Kain Putih, Kau Tetap Dalam Anganku, Baldu Biru dengan lagu Terima Kasih Cinta. Then, rayau-rayau Skudai Parade tu sampai lenguh kaki. Hahah. Sian my c, lelaki kan tak suke sangat shopping dengan perempuan, tapi, haa, kalau barang die, sampai 2 jam cari pun takpe. Ni berdasarkan pengalaman aku yer, bukan perempuan je lame shopping, lelaki lagi lame taw.

Then, balik tu aku mengamuk nak cincin emas. Meraung la mintak kat c sebab besday gift tak dapat hadiah. Tapi tengok harge emas sekarang ni pun baik punye. Beli 3 gram je dah 5rat, so tak jadi lah nak beli, better tunggu harge turun dulu. Pusing lagi U-Mall tengok arnab, hamster, masuk Watson. Then aku dapat la beli rantai yang dah lame aku idamkan. Alhmdulilah, harge pun tak mahal sangat. Dalam rm10 sebab mostly rantai yang aku tengok rm20 and above. Aku ni ade sindrom kedekut sikit kalau nak berhabis untuk diri sendri, sebab tu kalau sesape jadi bf aku untung sebab aku tak kesah berhabis tuk si dia. Heheh. Tapi kali ni aku nak simpan duit nak buat bayar duit muke kereta. Kot-kot la 2 tahun lagi dapat pakai sebijik. AMin.

Monday, January 17, 2011

Cemburu Dek Kucing?

Tadi aku keluar makan dengan si dia dekat restoran DAPUR, then ade la kucing ni. Citer aku rini sangat direct sebab aku nak stadi ni. So, ade la sekor kucing yang aku namakan ALI, jantan, tuff, hot. Then si dia ni, suke kucing sangat-sangat macam aku jugak. Tapi aku kalau pegang kucing ni tak cium-kalau kucing rumah aku cium la. Si dia ni belai-belai kucing tu siap cium-cium kt kepala kucing tu 3-4 kali, kalau sekali dua aku tak kesah, ni 3-4 kali, haaa, dua kali dah aku ulang. Huhuhu. Tak sangka dengan kucing pun aku nak cemburu kan
...............................
Tapi kucing tu dapat cium. Huaa.. Sabor-sabor, ingat tuhan. Hehehe.

Sunday, January 16, 2011

Tanjung Piai at Taman Negara

Tadi baru je pergi date dengan my c dekat Tanjung Piai, selalu pegi mall je, kali ni kami tukar angin pulak pergi melencong ke hutan paya bakau. Sebelum ni kami dah pergi hutan paya bakau dekat dengan hometown aku, kali ni kami teringin la nk pergi Piai tu sebab dengar-dengar cte, yang kat situ merupakan kawasan paling hujung benua Asia, wah sangat havoc bunyinye. Perjalanan pergi sana amik mase sejam tapi sebab sesat sampai ke jeti Kukup--pelik-pelik je name tempat kan, kat situ ade feri ke Batam, kalau aku kahwin nanti teringin nak melancong ke Bali (iklan sebentar).

Ok. Teruskan cerita, masuk je kat signboard Tanjung Piai kami disambut dengan meriah oleh " penduduk setempat"  aka monyet-monyet yang aim beg makanan aku. Macam tahu-tahu je aku bawak kopok tadi. Aiseh. .Masuk je entrance die dah macam hebat giler. OMG ( Oh Memang Giler) .But, tak sangka pulak kene bayar rm5 sekali masuk. Alahai melayang duit aku limah ooiiii.ce cte ce cte

Then kami ekot la titian matsirat tu sampai la ke penghujung benua asia yang memakan masa tak tahu dgn  perjalanan sejauh 554m, jauh tu kau, haaa, patah + lenguh kaki aku. Sampai je kat situ da renyai-renyai dan ngan angin kencang.Tetibe tengah syok-syok tangkap gambar untuk kenang-kenangan, hujan la pulak, payung pun tak bawak.So kami gerak la ke check point laen untuk tengok ape yang menarik-bayar mahal kot, kene la lawat semua. Ade satu part tu ade ikan belacak nga landing2 dan baru aku tahu yang ikan belacak tu name saintaktifik die "ikan tembakul" . Haaa. Ade pikir ape yang aku pikir? Batu belah batu bertangkup.(ehhh same la pulak).  Huh. Tadi aku dah macam cekgu Geografi + Sejarah. Sebab Geografi aku dulu tak pernah dapat B, semua A je memanjang. Memang aku minat giler la Geo ni.( iklan lagi yg brag diri sendri).

So balik tu singgah la makan dekat Pontian, order la ikan cencaru bakar + sup sayur. Fulamak nikmat die tak payah cakap la. Lincin pinggan aku dengan my c, memang perut tengah lapar, pulak ade ikan bakar panas-panas, memang meleleh la air liur makan..oishi beb. Harge pun boleh tahan murah. Kurang dari RM15. Kire murah la untuk ikan besar tu dengan sup sayor yang maha lazat tu.

my c berposing sakan
 Tak payah cakap lebih-lebih. Aku pun da penat da, nak tidoq pula ni. Esok kene mangun awal nak stadi Miup. Hehehe. Keh. Layan la gambar kegedikan aku ni. Adios Amigos~

gambar amik sendiri la..ade tu globe dunia  besorrrr punye kat belakang~

Kalau Cinta

My cyg syuke sgt lagu ni macam aku minat lagu aliff satar tu ape tah tajuk die, aiseymen, lupe pule..takpe2..nak gak share lirik lagu ni~

Lirik Kalau Cinta – Aliff Aziz & Joanna

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Verse

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Chorus

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Ulang Verse

Ulang Chorus

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu

Ulang Chorus 3X

Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

Saturday, January 15, 2011

Cucu Bawa Geng Bunuh & Samun Datuk

Aku ade satu artikel yang aku cedok dari harian metro online yang ingin aku kongsikan bersama untuk pengajaran bahawa remaja zaman sekarang akhlak dan moral telah merundum ke tahap yang serius.

Sumber dari Harian Metro: (15/1/11)

JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Halimah berkata, sebelum kejadian dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi baru pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana melawat seorang saudara yang cedera dalam kemalangan.

“Sebaik sampai ke rumah dan membuka pintu saya nampak sebuah bilik berselerak seperti digeledah. Kami memeriksa satu lagi bilik sebelum melihat ada parang di situ.

“Saya bertanyakan suami kerana jika dia meletakkan parang di situ. Suami saya menafikannya, jadi kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Halimah, dia dan suami cuba memeriksa satu lagi bilik dan terkejut apabila melihat dua lelaki termasuk cucu mereka berada di dalam bilik itu.

“Saya menasihatkan cucu saya supaya tidak melakukan perkara buruk, namun tiba-tiba muncul satu lagi pasangan remaja di dalam bilik itu menjadikan mereka empat orang semuanya.

“Tanpa disangka, seorang daripada mereka menikam belakang badan suami saya sebanyak dua kali dan kejadian berlaku pantas hingga saya tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Halimah berkata, suaminya rebah sebaik ditikam di dada dan darah memancut keluar hingga mengenai badan dan bajunya menyebabkan dia terkejut dan panik.

Halimah juga tidak menyedari tangan kanannya cedera dipercayai akibat dikelar kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia memangku suaminya dan menjerit meminta tolong menyebabkan jiran datang memberikan bantuan.

“Keempat-empat remaja itu melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Saya tidak sangka mereka tergamak melakukan perkara ini,” katanya yang tinggal berdua dengan suaminya di rumah berkenaan.

Halimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia reda dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 1, sebaik segala urusan bedah siasat selesai dilakukan hospital.

Komen:
Bagi aku cucu tersebut harus dikenakan balasan yang setimpal sebab bersubahat dalam kes ni. Kalau aku jumpe cucu die ni, aku lanyak hidup2. Sumpah. Tak mengaku manusia dah bukan tak mengaku cucu. Sungguh biadap dan kurang ajar. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah pada keparat ni. Amin

Friday, January 14, 2011

Semangat Yang Hilang??

Selasa nak quiz, mikroprosesor pulak tu. Hmmm. Satu tak sentuh lagi. Mane pergi semangat aku yang dulu? mungkin sebab kurang duit, so aku risau takde duit melebihi risau nak ambil exam, bab 1 tak sentuh lagi, bab 2 jauh cpu dari transducer, aiseh. General computer yang high cost ni, run fully general system ni buat aku lalai. Tambah-tambah dek ketangkasan internet LAN dan data disimpan di RAM buat aku menonton semua cerita yang ade. Belum lagi INPUT/ OUTPUT lagi. Ade pulak assembly language untuk mendecode data, komputer ni tak macam manusia, die guna binary untuk tafsir info. Aiseh. Belum keluar lagi instruction dalam immediate yang ade tanda #, direct Dn or An, atau indirect ( an ) semua kene ingat. Kalau ade gune opcode Move.s kendalian, kendalian. Haish. Bahase komputer ni memang complicated.

Setop bahase komputer, kire-kire nak beli dslr untuk merakam saat-saat indah, aku memang gile gadjet. Dulu aku giler henpon, semua dah aku cube, macam-macam dah aku pakai. Sekarang aku nk beli kamera pulak, ades sesal jugak perabih duit untuk orang lain before ni, sia-sia je, angan-angan mak jenin, orang lain pulak sonok dapat makan duit kite, bulsit tol kan. Whatever, this time is for my life pulak. Aku dah penat baek dengan orang, dapat KOSONG, bala je dapat, baek macam tu je la je kan. Aiseh. MANUSIA.

Wednesday, January 12, 2011

Tunangan Orang?

Bile tengok orang lain bertunang, mule la aku gedik nak bertunang gak. Kalau aku cakap kat ayah aku ni, mesti die gelak-gelak cakap..........(percakapan terpaksa dirahsiekan kerana terlalu confidential). Lagipun aku dah ade calon, wiwiwiw..memang la tunang bukan maksud boleh buat ape yang dihalalkan laki bini, ade orang yang kawen pun bercerai, inikan lagi tunangan orang, takde ikatan yang sah lagi orang cakap. Ce cte ce cte ape yang bestnye bergerlar tunang???

Mengikut firasat aku yang tak seberapa ni, kelebihan bertunang la kan :
1. Dapat cincin free---aku suke emas~
2. Bermaksud anda laku dari orang lain-(*wink3)
3. Bile gadoh dengan member leh cakap camni " Nanti aku kol tunang aku debik ko!!"
4. Tunang ni lebih sopan didengor daripada bf/teman lelaki. Aku tak sior bebeno kalau orang label my ba ni bf. Bagi aku bf ni tahap paling rendah, macam utk dibuat main-main mcm tu.
5. Tak lama lagi akan melangkah ke alam perkahwinan, takkan nak tunang lame-lame, tak manis orang ckp. kui2~

Kalau my ba teman udoh bekorje, dah lame teman suroh die masuk minang, kawen terus, ni my ba pun belajor lagi, keluarga pun bese-bese macam teman, takde le modal nk pinang teman. Adoiii~ 

Nape teman tak cari je orang bekorje??
Banyak heynye, teman ni perangai pelik sikit, banyak dah orang teman dump sebab teman rase tak secocok dengan die walaupun die banyak rete. Bior takde rete, jangan makan ati udah lew..Tapi teman pun material juge orangnye, nak jadikan citer, teman tunggu lew my ba teman tu keroje dulu, bawu teman suwoh die meminang. Alahai~Takpe-takpe, tak payah cepat-cepat, bior lambat, asal selamat udeh lew. Cepat ke lambat ke asei tok melepaih udah lew yer idok. Ades2...

Monday, January 10, 2011

Keputusan Juara Lagu 2010

Pemenang tempat pertama :
Ana Raffali

Pemenang tempat kedua : 
Black dan Meet Uncle Hussein- Drama King

Pemenang tempat ketiga :
Hafiz Af - Noktah Cinta

Persembahan terbaik :
Faizal Tahir- Hanyut

Vokal Terbaik :
Hafiz-Noktah Cinta

Keputusan Perlawan FA ( English Cup)
Man U Vs Liverpool : 1-0 ( penalti Giggs)

tu je yang aku tengok..sekian trimas..selamat hari senin

Thursday, January 6, 2011

Birthday Bash!!

Tidoq bangun tidoq bangun tengok-tengok dah 3 ari besday aku lepas, bermakne 3 hari la aku dah masuk 22 tahun genap. Ape hadiah aku dapat? Aigoo soalan cepu emas ni, ade la adiah dari bf aku. Makan-makan sikit dekat Fish Manhattan, takde le sedap bebenor, mahal pulak tu.( Nyesal i tapi nak taste punye hal). Member? Aaaa. Takde kot, dorang bagi ucapan selamat je, besh la sebab satu kelas wish besday kat aku. Tapi malam besday aku memang moody gile, lepas je aku hanta bf aku balik, aku start nangis dan langsung tak boleh tidoq. Actually aku rindu rumah aku, sambutan besday aku yang mak dengan ayah aku buat- takde le besor sangat tapi ke'excited' an dorang nyanyikan lagu hari jadi buat aku rase gembira. Memang selama ni aku jarang balik awal sebab besday aku, selalu aku lepak kat kl dulu. Then baru balik sini, tapi kali ni aku ubah fikiran sebab member aku ekot balik sekali. Tapi memang disaster betol.

Hari besday aku tu, aku ade kelas dari pukul 8 sampai pukul 3 tapi lecture aku, Emma namenya, orang Spain die tak tahan panas-angkara econ tak on, so kami pun balik awal. Then aku pun cadang nak keluar la kunun sambut besday ngan bf aku. Takde la havoc sangat, biase-biase, sedey, dulu aku selalu buat sambutan besday kat orang-giler meriah. Siap ade drama lagi, lilin, pizza, bile besday aku, DULL~ hmmmm. Sedey wooo00ooo000ooo00ooooooo00ooo. Bile aku teringat balik, rase macam aku tak nak lalui hari tu, macam nightmare je, makkkkkkkk.....

FYI adiah besday pun aku pilih sendirik, tak suprise langsung, takde bunga ros, takde kek besar, takde kejutan. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails