Sunday, November 7, 2010

Rekod 0 Eksiden Tercalar

Tanggal 1.15 pm 7/11/2010, rekod bersih aku dari kemalangan tercalar dek sikap penunggang motosikal ini yang tak mematuhi undang-undang jalan raya. Si polan berbangsa c telah membawa motor buruknya dengan tidak berhemah dan menghimpit aku yang sedang dalam kelajuan sederhana menyebabkan aku tak dapat mengawal motor kesayangan ini dan terjatuh ibarat nangka busuk di hadapan blok lelaki.Manakala si polan itu berjaya mendarat dengan baik tanpa apa-apa efek langsung ke atas  b*** ini dan motornya.

Perkara ini amat memalukan kerana  tergolekan aku ini di depan kaum adam. Bunyi rempuhan dan jatuhan motor aku menarik puluhan orang ramai ( lelaki) menyaksikan secara' live' macam mane aku tergolak. Aku mendoakan agar takde sape yang merakamkan kejadian yang amat memalukan bagi aku ni. Palm aku yg suci dari daki dan parut telah berubah dengan kesan geseren yang amat memalukan. Aku teramat marah pada si polan tersebut hingga bertindak menolak motornya ke gaung dan meletop di ketika itu juga. ( Impian aku utk melakukan perkara tersebut).
kakiku lebam angkara si b*** tersebut

tanganku juga cedera dan sakit (abaikan sticker tu)

Pada masa itu, seorang mamat menaiki viva yang menyaksikan bagaimana kejadian itu berlaku secara langsung bertindak mendefend aku yang speechless sebab teramat marah. Dengan garangnya mamat viva tersebut menengking si polan ini di hadapan orang ramai. Taktala itu aku sedang bangun dari jatuhan dengan motor jatuh menimpa aku . Dengan tenaga sekuat badang aku berjaya mendirikan motor itu walaupun selama ni aku nak tongkat 2 motor tu pun susah. Aku pun menengking si polan atas pemanduan b*** ni yang tersangat la b*** yang menyebabkan kemalangan terhadap orang lain.

Motor kesayanganku yang baru setahun jagung ini tidak mengalami kecederaan yang serius cume terguris sedikit. Tapi ini telah mengguris hatiku kerna aku tlah menjaga beliau seperti menatang minyak yg penuh. Ape saje keperluan beliau aku turuti. Tapi disebabkan si b*** ni beliau telah tercedera. Demn!!!!

Walaupun aku selamat dan hanya cedera ringan saje. Tapi peristiwa ini menyebabkan aku makin menci dengan die dan menci tuk ikot jalan tu lagi . Trauma naik motor tapi ape kan daye, ni saje yang mampu aku miliki. Menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails