Wednesday, October 20, 2010

Kes Penderaan Wanita oleh BF, sampai bila kesudahanya?

Pergaduhan atau pertelingkahan dalam perhubungan adalah adat kita sebagai manusia biasa. Setiap manusia tak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan seperti juga dalam perhubungan dua insan yang sedang bercinta. Namun kini, kes penderaan wanita oleh insan yang bergelar kekasih kian meningkat. Hari ini akhbar Metro Harian melaporkan bahawa seorang gadis berusia 18 tahun retak hidung akibat ditumbuk teman lelaki angkara cemburu dan yang paling sedihnya, selepas ditumbuk, lelaki tu dengan sewenangnya tinggalkan gf die kat tempat kejadian iaitu di sebuah R&R. Jum kite bace laporan akhbar tersebut.

KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai cemburu bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, malam tadi.
Wanita berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi tadi sementara lelaki itu menyerah diri kepada polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapha berkata, sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.

"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam. Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ.

"Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahan yang dipercayai berpunca daripada cemburu.

"Lelaki berkenaan yang naik berang bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ," katanya kepada pemberita.-Bernama

Bagi aku sendiri, kes-kes macam ni aku tak heran sangat dan juge tak terkejut sebab aku pernah tengok dengan mata sendiri pergaduhan sepasang kekasih di Jusco dekat tempat aku belajar. Agak menakutkan juga sebab kali pertama aku tengok orang bergaduh ni selain pergaduhan kecik je. Bayangkan lelaki tu cube nak tarik perempuan tu keluar dari kereta sambil maki-maki. Lepas tu main tolak je perempuan tu dekat atas jalan. Perempuan tu mungkin cuba nak berdamai, die halang la depan kereta laki tu sambil nangis-nangis, memang kesian sangat aku tengok. Laki tu boleh pulak nak langgar perempuan tu. Nauzubillah. Dalam hati aku memang mengeji jantan macam ni. Perempuan makhluk yang lemah, katakanlah perempuan tu cube lawan balik dan kononnya tumbuk laki tu balik. Berape besar sangat la kesan die sebab perempuan ni di lahirkan lemah dan struktur tubuh perempuan ni kecik je dari laki. 

Jadi laki kat luar sana tu, janganlah ikut emosi sangat sampai tangan naik ke badan. Ingat diri tu bukan suami lagi kepada gf-gf anda. Gf anda bukan juge isteri kepada anda. So tak payah la nak konon-konon menjalankan tanggungjawab seperti dalam Al-Quran nak menjaga isteri. Aku memang bennnggaanng gile dekat laki macam ni. So perempuan diluar sana jum kite belajar mempertahankan diri, penuhkan ilmu didada dengan silat ke, tae kwan do ke, karate ke. Bile laki cube pukul kite, kasi karate je, biar lumpuh satu badannnnn....huhhhhhhhhhhh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails