Friday, May 27, 2011

Long Time No See

Dah lame aku tak berblogging ni..dah dekat lima bulan aku tak silap..sekarang ni banyak blog gurl yang dah femes macam Fatin Liyana , jari runcing( sebab bf die yang glemer tahap baban tu...nada jelez), ko ingat ko sorang je ade bf nyah, bf i lagi hebat, engineer gitu, xkeco pun~~ lalalal...

aha...skarang ni aku tengah praktikal dkat one of company dekat hometown aku..suke x? bolehla~~~~aku agak di anak tirikan di sini sebab most juruteknik kat sini lelaki so die asyik bawak member aku jerla..syarikat pe?? biarla rasie, tunggu aku dapat gaji elaun dulu ea baru aku mention name syarikat tu...

sekarang ni musim busan, kerja...oh... aku memang tak suke kerja ni..sebab? sebab? sebab? kene bangun awal la sebab ape lagi, kalau dulu bangun pun mase lunch, bangun2 terus boleh makan ( jangan lupe mandi dulu ea), sekarang pukul 7.15 dah kene bangun ( aduai..jgn lupe solat dulu yer tuan tuan dan puan puan)....T_T

ok la...aku pun dah kering idea nak tulis ape sebab mengantuk ni..esok kerja pulak T_T...
xpe2... dugaan kecil je semua ni..
lagi satu nlog aku takde malware yer..so jenguk2 la selalu kays~~

muahks~~

Friday, April 29, 2011

Okay, let's make a deal. I win the iPad 2, you win the movie passes. Win-win for both of us right? #Churp2race

Tuesday, February 22, 2011

Soley-Soley

salam,

pendek je entry hari ni
pasal lagu soley-soley
sape-sape penah tgk citer wayang Mamat Khalid ni
memang tak kan xtaw punye kan...

Pakwe aku suke sangat citer Hantu Kak Limah Balik Kampung, walaupun dah lame dah citer ni tayang kat panggung, tambah-tambah baru-baru ni aku terdonlod secara illegal memang lagi tegar la die ulang ayat kat dalam citer tu. Aku rase lagu tu memang unik + pelik, bahase ape ea? Rusia ke Perancis or Jerman, ape-ape jela. Ape pun mari kiter bersoley2~~

ni lirik ni..nyanyi la..

soley~soley~
ust a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came back.

Oh
Soley
Soley
Soley
Soley
Soley
Soley
Oh
Soley
Soley
Soley
Ley
Soley
Soley
Soley
Ley
Soley
Soley.

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the sand.

Oh
Soley
Soley...

...sekian...

Sunday, February 20, 2011

Mahasiswa Suka Belajar Semua Benda

Terlalu berkira untuk belajar

Oleh Ihsan Noorzali
rencana@hmetro.com.my

KONSEP LUAS...konsep pembudayaan ilmu tidak hanya terhad terhadap buku semata-mata malah terbabit dengan pelbagai aktiviti masyarakat juga boleh menyumbang kepada penambahan maklumat berguna.
BAGAI tiada kesudahan, isu pencapaian mahasiswa di menara gading sering kali dijadikan modal pertelingkahan dan perdebatan yang akhirnya mengundang persepsi negatif masyarakat.
Apatah lagi momokan seperti tiada daya juang, gagal bersuara, tidak patriotik selain minda tepu dijadikan modal menghentam golongan terbabit menjadikan senario berkenaan tidak berpenghujung.

Lebih memburukkan keadaan apabila warga IPT menjadi antara penyumbang terbesar masalah gejala sosial masa kini menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, apa jadi kepada golongan diiktiraf bijak serta terpelajar ini.
 
Jika mereka tiada penghayatan tulen terhadap proses pembudayaan ilmu bolehkah golongan ini memikul tanggungjawab berat mentadbir negara pada masa depan? Atau adakah masyarakat bersalah kerana terlalu cerewet dan enggan mengikut rentak dunia mahasiswa yang kian moden.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Prof Dr Zakaria Kasa, berkata kurang kesedaran kepentingan ilmu menyebabkan mahasiswa mengambil mudah konsep pembudayaan ilmu serta pendidikan.

Malah, katanya sikap segelintir mereka yang terlalu culas dan berkira untuk belajar bagai membenarkan lagi tanggapan masyarakat mahasiswa memasuki IPT hanya untuk mendapatkan segulung ijazah biarpun tanpa kualiti.

"Inilah dilema IPT masa kini. Bagi mereka, apabila diterima masuk ke menara gading, bermakna ilmu itu sudah tersedia dengan sendirinya.

"Ilmu itu sangat luas dan perlu dicari, bukan hanya menunggu atau diberi pensyarah. Fungsi IPT untuk merancak, menyalur serta meninggikan martabat ilmu bagi melahirkan golongan terpelajar dan berkualiti dalam hidup.

"Diterima belajar di IPT, tidak bermakna seseorang itu sudah pandai kerana proses sebelum mencapai satu kedudukan diiktiraf masyarakat memerlukan pelbagai kesukaran, pengalaman dan kemantapan ilmu.

"Mahasiswa perlu sedar hakikat ini dengan meletak proses penjanaan ilmu itu sebagai budaya penting di menara gading. Malangnya mereka sering alpa dengan keseronokan dan kebebasan," katanya.

Isu pengangguran mahasiswa yang tiada kesudahan, pencapaian kurang memuaskan selain masalah sosial yang semakin merebak menjadikan golongan terbabit dipersalahkan masyarakat.

Dr Zakaria, berkata menyalahkan masyarakat tidak mendatangkan manfaat kerana mereka komuniti terbesar yang bebas menyuarakan pendapat atau pandangan.

Katanya, mahasiswa sendiri perlu bangkit membuktikan tanggapan itu salah.

"Dalam konteks ini, masyarakat adalah komuniti yang bebas melahirkan pandangan, emosi atau kritikan dan mahasiswa tidak boleh melenting sebaliknya perlu berfikiran terbuka dan menerima teguran.

"Masyarakat mahukan yang terbaik kerana golongan IPT ini menjadi sandaran. Mereka penerus kesinambungan negara yang bakal menentukan corak serta hala tuju masyarakat lain pada masa depan.

"Jika budaya ilmu semakin kurang menyerlah atau tidak dihargai, bolehkah masyarakat yakin pada mereka? Sebab itu golongan ini perlu bangkit, ubah sikap dan sukakan ilmu.

"Inilah cabaran sebenar iaitu bagaimana mahu 'menutup' mulut masyarakat daripada terus bersuara," katanya mengakui proses pembudayaan ilmu di kalangan mahasiswa perlu dilakukan secara berterusan, agresif selain disuntik dengan elemen nilai keperibadian unggul.

"Impak proses ini bukan boleh dilihat sekelip mata sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan.

"Konsep pembudayaan ilmu terhasil melalui pengalaman, pengukuhan pengetahuan dan perkongsian serta penyebaran maklumat," katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa merebut peluang sepanjang tempoh pengajian untuk memantapkan penguasaan ilmu.

"Minda perlu terbuka, anjakan paradigma mesti dilakukan dan memahami konsep memperoleh ilmu tidak semestinya menerusi buku semata-mata.

"Perkongsian maklumat dengan pensyarah, penyelidikan, kerja lapangan, latihan industri serta komunikasi dengan masyarakat luar juga proses pembudayaan ilmu.

"Perlu akur dan menerima hakikat, masyarakat akan terus membuat penilaian tanpa henti sama ada suka atau tidak.

"Ini bukan memperlekehkan, tapi sebagai dorongan ke arah anjakan minda yang lebih baik, jadi terpulang sama ada untuk mengalah atau tidak," katanya.

>INFO:
Penasihat Persatuan Mahasiswa Islam (Permai) Prof Madya Syed Omar Syed Agil, menggariskan kriteria mahasiswa bermoral sebagai:
> Harus berpegang teguh pada ajaran agama.
> Mentaati dan menghargai kedua ibu bapa
> Mampu mengawal nafsu
> Menghiasi diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik.
> Tegas dengan prinsip dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya
> Tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama

Menjawab segala pernyataan di atas, aku selaku mahasiswa ade alasan tersendiri, bukan mencari alasan tapi menangkis segala tuduhan semberono yg ditulis oleh insan berkenaan yang melihat mahasiswa dari sudut yg kecil terlindung dan pandangan sendiri.

Sebelum "masyarakat" menuduh mahasiswa, adakah mahasiswa sendiri bukan sebahagian dari masyarakat ?

Berkaitan pembudayaan ilmu yang berkesan, setiap pelajar mengikuti kuliah yang ketat serta matapelajaran yang susah. Jadi sekali sekala kami ingin juga menghilangkan tensen dengan keluar berjalan dengan kawan-kawan dan sebagainya. Isu ini lebih patut ditujukan kepada IPTS kerna mahasiswa IPTA kebanyakan dari keluarga yang sederhana, jadi mereka tahu tanggungjawab yang perlu dipikul masing-masing.

Selain itu insan yang menulis mungkin mengambil subjek kewartawanan yang mencabar juga tapi tak semencabar subjek yang pelajar kejuruteraan, doktor, farmasi yang ternyata memerlukan masa dan penelitian yang tinggi.

Harap dapat diubah persepi masyarakat terhadap pelajar kerna kami juga masyarakat dan kami juga sedar tanggungjawab sendiri. Jangan hanya tahu menuduh sedangkan tak tahu butir2nya. Kami sangat tak berkira untuk belajar, dan kami suke belajar.

Sekian, kami yang hina.

Saturday, February 19, 2011

Ciri-Ciri Pemimpin

Sekarang ni warga UTM skudai sibuk berkempen disana sini, ibarat pilihanraya peringkat negara. Banner digantung disana sini dan bronchure di sebar dari bilik ke bilik. Pelbagai manifesto di war-warkan seperti itu ini begitu begini, " saye janji akan buat itu ini. dll.. Adakah perlu kite memilih pemimpin yang kite tak kenali dan bile ade hal-hal sperti pilihan raya baru "nampak muka" , baru "bertegur sapa". Sebelum ni, aku selaku senior dorang tak pernah di tegur sedemikian rupa. Arggh.. mainan politik semua ni. Yang untung sape? Tentulah mereka yang bermain politik. Kalau nasib baek, mungkin ape yang dijanjikan akan menjadi kenyataan, tapi jika tidak tentulah tinggal hangat-hangat taik ayam . Tak lupe juge berkempen mengikut perkauman, di kaum tu die cakap lain dan di kaum lain die cakap lain. Ini semua lumrah manusia. Mengikut kajian, manusia akan berbohong sebanyak 6kali dalam sehari, jadi percayakah kite ape yang mereka janjikan? Percaya saje, tapi jangan ambik pusing dengan cakap " arrghh kau bohong saje" tapi memadailah dengan senyum dan angguk tanda paham bukan tanda setuju. Tapi bak kata pepatah jangan Melayu hilang didunia ( ni aku reka sendiri ) Hang Tuah pernah berkata tak kan Melayu hilang didunia. Melayu ialah bangsa yang paling luhur, berbudi bahasa, sopan santun dan soft-hearted. Jadi Insyaallah akan terus maju walaupun dikatakan masih mundur dek kemajuan arus dunia. Biar kite lambat dari segi arus kemodenan, tapi kite tetap memegang pada nilai-nilai murni. Kerajaan yang cepat maju, akan cepat tumbang. Lihat saja di New York, Amerika Syarikat negara yang dikatakan negara dunia pertama. Pengangguran, kes jenayah, masalah sosial adalah paling buruk sekali didunia. Perlukah kita maju seperti mereka?? Renung-renungkan, aku tak radikal tak juga liberal, aku insan biasa yang hidup secara sederhana mengikut lunas-lunas yang betul~~
Dalam memilih pemimpin, Al-quran dan Hadits telah memberikan petunjuk, baik secara tersirat mahupun tersurat.
sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas:
Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredhai Allah dari pada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (HR. Hakim)
Di antara kriteria pemimpin yang harus kita pilih adalah :
1. Seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Kerana ini merupakan jalan kebenaran yang membawa kepada kehidupan yang damai, tenteram dan bahagia dunia mahupun akhirat. Di samping itu juga harus yang mengamalkan keimanannya itu yaitu dalam bentuk amal saleh.
Allah berfirman: “Dan jadikanlah kami sebagai imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Furqan : 74).
Dalam ayat lain Allah berfirman :
Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” (QS Ali Imran )
2. Berilmu
Yang dimaksud dengan ilmu tidaklah hanya terbatas pada al-tsaqafah (wawasan). Wawasan hanyalah sarana menuju ilmu. Ilmu pada dasarnya adalah rasa takut kepada Allah. Kerana itulah Allah berfirman,
“Yang takut kepada Allah diantara para hamba-Nya hanyalah para ulama” (QS. Faathir: 28).
Ibnu Mas’ud pun mengatakan,
Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, akan tetapi ilmu adalah rasa takut kepada Allah”.Marilah kita tengok bagaimanakah kriteria para penguasa yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Qur’an. Dalam hal ini kita akan mengamati sosok Raja Thalut (QS. Al-Baqarah: 247), Nabi Yusuf (QS. Yusuf: 22), Nabi Dawud dan Sulaiman (Al-Anbiya’: 79, QS Al-Naml: 15).
3. Memiliki kekuatan Fizikal (sihat jasmani dan rohani)
Ini terungkap dalam Alquran surat Al-Qashash ayat 26:
Sesungguhnya orang yang paling baik engkau tugaskan adalah yang kuat…”
Kekuatan fizikal merupakan syarat utama dalam memegang tanggungjawab berat mengurus umat. Dengan stamina yang prima pemimpin akan maksimal mencurahkan tenaga, pikiran dan waktunya mengurus umat. Bukan sebaliknya, umat yang memikirkan dan mengurus pemimpin yang sakit. Kriteria kuat fizikal ini menjadi salah satu alasan Nabi untuk tidak memberikan jabatan kepada Abu Dzar.
“Wahai Abu Dzar, aku melihat engkau lemah. Aku suka untukmu apa yang aku suka untuk diriku. Karena itu, jangan memimpin (walau) dua orang dan jangan pula menjadi wali bagi harta anak yatim” (HR Bukhari Muslim).

4. Bersikap adil, jujur dan dapat dipercaya.
Allah berfirman:
Sesungguhnya engkau menurut penilaian kami adalah orang yang kuat lagi terpecaya” (QS. Yusuf: 54).
Sifat terpercaya berkaitan dengan kemampuan mengendalikan diri, tidak menyelewengkan jabatan untuk mencari keuntungan secara tidak sah.
Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh) apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia, supaya menetapkan dengan adil” (Qs. An-Nisa: 59).
Rasulullah bersabda tentang pemimpin yang adil:
Orang yang bakal paling dikasihi oleh Allah dan yang paling dekat di sisi-Nya kelak pada hari berhisab ialah pemimpin yang adil, dan orang yang bakal paling dibenci Allah pada hari berhisab dan bakal menerima siksa azab yang sangat pedih adalah para pemimpin yang dzalim.” (HR Tirmidzi)
5. Konsisten memikul tanggung jawab (Amanah)
Maksudnya adalah melaksanakan aturan-turan yang ada dengan sebaik-baiknya dan bertanggungjawab terhadap peraturan yang telah dibuat. Dan tentunya peraturan yang dibuat itu yang berpihak kepada rakyat dan tidak bertentangan dengan hukum Allah dan rasul-Nya.
6. Memiliki keberanian (tegas) menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar
Syarat terakhir yaitu keberanian kerana tanpa keberanian, segala sifat-sifat terdahulu tidak akan dapat dijalankan secara efektif. Tegas bukan bererti otoriter, tapi tegas maksudnya adalah yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah serta melaksanakan aturan hukum yang sesuai dengan hukum Allah dan rasul-Nya.
Wallahualam..

[PEaCE No wAR]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails