Monday, July 26, 2010

Peraturan Permainan: Tenpin Boling

1.Undang2 Permainan
Pertandingan dijalank mengikut Undang-Udang Kongres Persekutuan Tenpin Boling Malaysia (MTBC)

2.Peraturan pertandingan
Mengikut undang-undang dan peraturan Am SUKAM yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan

3.Jenis Pertandiangan
Pertandingan Anantara Kolej Mahasiswa

4. Pendaftaran
Tiap-tiap kolej dibenarkan mendaftar tidak lebih dar 4 orang siswi + 1 pengurus.

5.Sistem pertandingan
Pertandingan dijalankan secara berkumpulan 4 orang dan pemenang akan ditentukan kepada berikut:

Kategori
Individu lelaki & perempuan
Kemenangan
Jatuhan tertinggi 4 frame

6. Perubahan dalam susunan permainan (order of play)
-Setiap peserta mesti bermain mengikut susunan yang didaftarkan dalam permainan yang pertamam. Selepas daripada itu pertukaran pemain tidak dibenarkan sama sekali.
-Sekiranya didapati ada pasukan yang menukar pemain maka pasukan itu hilang kelayakan tanpa apa-apa amaran.

7.Pengesahan keputusan
Adalah menjadi tanggungjawab untuk mengesahkan keputusan perlawanan dalam skor yang disediakan. Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknikal Pertandingan atau wakilnya

8 Gangguan Permainan
-Pengerusi Teknikal Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggus disambung pada lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu diadakan ditimpa masalah kerosakan mesin.
-Permainan yang terganggu itu mestilah disambung dari frame dimana gangguan itu berlaku.

9.Bermain dilorong yang salah
-Bila seseorang pemain bermain dilorong yang salah dan kesalahan itu ditemui sebelum peserta lain membuat balingan,maka balingan itu dianggap BOLA MATI (dead ball) dan pemain itu dikehendaki bermain frame kemudiannya dilorong yang salah itu.
- Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya,maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira pada lorong yang salah itu.

10.Kelewatan
Semua peserta yang melapor diri selewatnya 15 minit sebelum suatu acara bermula. Peserta yang lewat akan hilang kelayakan dalam sesuatu acara itu dan peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

11.Kehilangan skor semasa gangguan elektrik
Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik monitor dimana sesuatu skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu akan hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka peserta berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan tetapi, jika skortelah dicatatkan maka ia akan bersambung dari frame mana ia berhenti sebelum ini. Game2 yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.
-Peserta tidak boleh mengambil kesempatan meminta permainan itu dibatalkan atau dimain semula pada waktu seumpama ini.

12.Bola
-Semua peserta diwajibkan mendaftar bola bagi memastikan berat dan spesifikasi lain mematuhi peraturan. Peserta yang bermain dengan bila tanpa daftar mengakibatkan keputusan tidak diiktiraf.
-Sekiranya terdapat bola yang berlainan berat digunakan, perlulah didaftar semula.

14.Pakaian
Semua peserta dimestikan memakai pakaian yang seragam bagi pasukannya

15.Bantahan
Setiap bantahan dikehendaki membayar rm250 serta surat bantahan dan sekiranya bantahan anda tidak berjaya. Wang tidak akan dikembalikan dan sekiranya bantahan anda ,rm200 akan dikembalikan dan selebihnya untuk duit proses.

TARIKH PERLAWANAN: 7/8/2010
MASA: 10:00 AM
TEMPAT : IOI MALL,KULAI

PS: ANDA DIKEHENDAKI BERADA DI TEMPAT PERLAWANAN 30 MINIT LEBIH AWAL UTK MEMASTIKAN KELANCARAN PERTANDINGAN.

Q&A

1.Bolehkah memakai jeans semasa bermain?
Tak dibenarkan, anda dikehendaki memakai seluar slack atau seluar trek serta pakaian kolej masing-masing.

2.Adakah transport disediakan pada hari perlawanan?
Pasukan yan tidak mempnyai kenderaan boleh menunggu di FAB pada pukul 8 pagi pada hari perlawanan.

Sunday, July 25, 2010

|A.W.A.R.D|

Saye xpernah bagi award kat sape2 lagi kan dari saye sendirik, so kat sini bagi menghargai member-member blogger yang banyak bagi nasihat ngn komen yg membina...
Jeng...jeng..aku nak bagi award ni kat 5 orang blogger sempoi~

Syarat2 penyertaan...sile trimas kepade saye..hahah..*wink2

|Gwa Kacaww~|

 xde modal nak letak gmba ape..lecikang pn jadik yeeerr

Jiwa kacaw pepagi hari..
Bangun awal,tengok kaen kat mesin,
Tak basuh lagi, ade org tibai mesin aku,
Keluarkan semua baju aku,
Tapi mesin tu stuck,padan muke kau,
Khianat kat org sgt,
Hati sedey, nanges2.. S.E.N.I.B.O.N.G..WT fish..
Jelez tahap dewa..ase nk suicide..tp bek T.I.D.O
Suicide tuk bende mcm 2?
WT fish..sooo Stupid..
Sonok2 jejalan..
dari pagi smpai malam..
xhengat dunia..penat...ape la sgt..ade org bwk
Its hurt...ahhh..dasarrrr~

Tuesday, July 20, 2010

Isu Berbangkit Yang Tak Maw Dibangkit

 ucen in hd

First aku nak tanya korang pernah x korang kene pulau sebelum ni?? Aku pernah dan ia amat menyakitkan dan tambah-tambah kalau dipulau oleh rakan baik kite sendiri yang kite dah anggap macam adik beradik. Aku sebenarnya tak nak bangkit hal ni sebab hal lepas tu lepas la. Kalau ingat balik, buat aku rase lebih-lebih sedih. Tapi tibe-tibe ade orang tanya aku kenape aku selalu jalan sorang2. Aku balas balik aku ni LONELY SOLDIER BOY macam lagu HUJAN tu. Takkan aku tetibe aku nak cakap aku kene pulau dengan kawan baik sendiri. I dont need sympathy honestly.

Secara jujurnye, memang aku sedih kene pulau, sape x sedey beb dan mungkin korg x penah rase sebab korg xpernah kene kan. Aku pun tak penah kene gak sebab selama ni, istilah kawan baik bagi aku takde. So bile kat u aku nak jugak kawn baik macam akak aku pernah ade. Jadi, bile dah jadi macam ni aku rase betol-betol kecewa. Aku taw hal ni bermula dengan salah aku sendri yang tak tegur org dengan care baik. Memang aku ni kadang-kadang sangat jujur. Aku ingat dorg xkan ade hard feeling smpai buat aku macam ni.

Aku dah cube berbaik dengan dorg? Mestilah aku pernah cube. Aku hantar sms. Dan salah sorang member aku pun siap telefon aku lagi so ak aspek dah ok la.Then, suddenly bile dah bukak sem, aku jumpe dorg, siap salam lagi. Tapi dorg siap jeling aku n macam selama ni aku tak pernah kawan baik dengan dorg, tidor dengan dorang, jalan-jalan semua. Lepas je balik bilik aku terus nanges..nanges..nanges..Bf aku jadi penenang aku. Aku tahu punca aku gaduh dgn dorg pun sbb aku dah jarang keluar dengan dorang. Tapi aku dah berubah sem ni. Niat nak spend lebih mase dengan dorang. Tapi tak sangka ini balasan yang ku terima.

Aku tak kesah pun idup sorang2..bukan aku takde kawan pun, ade je, juz xde kwn rapat je la sekarang. Aku ade kawan baik since sekolah rendah kat u ni. Die baru je masuk, so aku kdg2 lepak bilik die sebab bile cakap dengan die aku rase mcm bebas, tak perlu jadi orang lain, jadi diri sendiri. Tak perlu aku nak jage hati sesiape sebb dah kenal lame kn. Memang aku rase sunyi jugak sorg2, makan pn kdg2 je sebab aku cm segan lak nak mkn sorg2 sebab tanggapan msykt dkt pompuan yang makan sorg2 ni. Kalo laki makan sorang xde lak org laen nk menegur ke hape kan. Hadoii..Seriously, aku dah biase idup sorang-sorang ni, i mean xde kwn baik sebab aku kt rumah pun dok sorang je sbb akk dgn abg aku dah kerja. Kawan aku juz pets je. Sebab tu entry sebelum ni banyak gambar pets. Im not freak k. Tapi pets ni bg aku ketenangan dan aku tak perlu nak dgr die bebel2..hahaha..

Huu....aku ade setahun lebih lagi dekat u ni. Aku nak tumpu std je skrg ni. Kwn2 bile-bile boleh carik, kalau result lingkup mane nak carik duet nak sambung std.kn.kn.kn. Dah la. Aku nak layan milo sambil tgk muvi. Ptg ni ade klas ag, hopefully takde org akan tnye aku lagi nape aku sorg2.hahhah

PEACE NO WAR~

Sunday, July 18, 2010

Kolek-c Gam-ba Ter-Hangat!

Wednesday, July 14, 2010

Alam Uni

Aku sudah masuk u balik. Hurmm...baru aku sedar yang aku dah banyak main selama ni, result aku pun tak baguz sangat. Aku selalu salahkan orang lain dan kos yang aku amik sedangkan aku sendiri yang tak berusaha untuk belajar dengan lebih tekun. Dah la tak pandai dalam letrik, tapi belajar last minit, macam ni la jadinye. Life aku menjak dua menjak ni agak kelam kabut, sampai aku tak bole nak tidur sedang esok ade klas dari pukul 8.30 hingga 1.. gile kan..tapi aku langsung tak boleh tidur, penat nak memikir sama ade aku nak ulang gred ke x.. Sem ni punye subjek susah jugak, jenuh jugak aku nak fahamnye, tu yang buat aku risau sama ada nak sambung ke tak. Member pun takde nak ajak ulang, kirenye aku paling bengong la dalam kelas, hahah.. adoi..fenin..fenin..subjek bi tak daftar lagi, gara-gara daftar lambat tu hari. Ni la kesan dari bertangguh dalam kerja, kan dah  jadi banyak hal. Tadi pun nak usha web tengok jadual waktu pun penuh, ni yang bikin gua panas ni. Huaa...Kene pergi kelas ke tak ea??? Takpe-takpe, pergi la tanya kerani sok kan. Ape susah. HAdoooiii~

untuk menaiikan balik semangat aku yang makin pudar ni , jum layan lagu~
 
Artist - API
Lagu - Pelita
Chord Author - Azizie
C                          Am
Tak pernah sesaat daku meragui
F
apa yang telah daku temui
G
slama ini

C                             Am
Tak pernah sesaat daku menyesali
F
apa yang telah aku nikmati
G
apa ku alami

Am       G         F       G
slagi hayat di kandung badan

[Chorus]
C                    G
Takkan ku menyerah kalah
A#
walau mimpi ku musnah
Am
harapan ku hancur
G
sayapku patah

C                   G
kan ku pancarkan cahaya
A#            
seperti pelita
Am
ke srata dunia
G
yang gelap gelita

Am       G         F       G
sehingga hembusan nafas yang terakhir.

C                           Am
tak pernah sesaat ku mencurigai
F
apa yg telah aku kecapi
G
stakat ini

C                       Am
tiba saatnya kan ku tangisi
F
pada yang pergi takkan kembali
G
Kembali lagi

Am       G         F       G
slagi hayat di kandung badan

[Chorus]

[Bridge]
Am                        G
Slagi jasadku belum terkubur
Am                             G
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur
Am              G                 F    G
pantang datuk nenek moyangku berundur

D                    A
Takkan ku menyerah kalah,
C
walau mimpi ku musnah,
G
harapan ku hancur,
A
sayapku patah,

D                 A
Akan ku pancar cahaya
C            
seperti pelita
G
ke seluruh dunia

D                 A
Akan ku pancar cahaya
C            
seperti pelita
G  A
ke serata dunia
C  G   D
seperti cahaya

 sumber dari-azizie

okie syak...ilek2..tenang..ingat tuhan... 

ps: hanset aku rosak ag..cabai tol

Saturday, July 10, 2010

Peristiwa Israk Dan Mikraj

27 Rejab 1431 ~ 9 Julai 2010
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Mee Udang Kuala Sepetang (✿ ♥‿♥)

Semalam tibe-tibe aku teringin nak makan mee udang, tu pun sebab mak aku yang bagi idea, die citer yang ade mee udang yang kami selalu makan dulu tuk tak bersih care buatan die, tapi nak tak nak sebut kat sini, tapi hint die, kedai ni pernah masuk tv3 dulu. Memandangkan aku tinggal dekat je dengan Kuala Sepetang atau dulu-dulu orang panggil Port Weld, jadi takde masalah bagi aku dan family untuk pergi. Ayah aku ni jenis tak suke berjalan jauh, tambah-tambah ayah aku nak simpan duit sebab akak aku nak kahwin bulan 11 ni.

Jadi bermula la kembara kami bertiga, emak,ayah dan aku pergi mencari mee udang yang diidam-idamkan. Kamai pergi semalam lah sebab hari ni dah masuk 10 haribulan. Malam sebelumnye, aku google lah pasal gerai mee udang ni nak tahu betul tak rumors mak aku citer, nak jadikan citer, 10 buah blog aku jumper dan website yang memaparkan pandangan masing-masing. Ade yang cakap kedai ni sedap, kedai tu paling sedap, kedai sana kuah pekat, macam-macam lagi la hinggalah aku paling yakin yang Kedai Pak Salleh Mee Udang dekat pekan Kuala Sepetang paling maveles. 

Aku bangun pun nak dekat pukul 2, penat ym dengan bf aku semalam, mase tu dah zohor, lepas je ayah aku baik dari solat Jumaat, hari pun dah mendung, aku cepat-cepat ajak ayah aku pergi jalan-jalan cari makan. Aku pun suggest la kedai Pak Salleh kat ayah aku, ayah aku pun jenis on jer. Mak aku macam biase jadi juruhebah kat belakang macam biase, aku sebenarnye tak boleh dudok belakang sebab akan rase mual-mual sebab hentakkan dekat belakang lagi kuat.

Sampai je dekat pekan Portweld, cari la kedai Pak Salleh tu, jenuh jugak la memusing cari kedai tu. Ingatkan dalam deretan kedai-kedai cine tu, Portweld memang tak payah cakap la, macam dah jadi Chinatown, paking kereta tak tentu hala, terikut budaya mereka dekat kampung halaman kot (opss). Tetibe mak ake jerit kate tu kedai tu, kaler kuning, malangnye kedai tu tutup hari Jumaat. Adoaiai, xdapat la nak merase keenakan mee udang die.

Then, ayah aku cadangkan makan kat kedai Mak Jah, ok lah, janji dapat makan. Kedai die strutur agak memanjang dan depan die ade ditaburi dengan kulit kerang. Konsep die macam kedai Nail's kat ampang tu. Aku order air kopi ais dengan mee udang biase. Harge die Rm7 bagi mee udang biase, dulu harge die rm6 je, dah naik dah harge die.Yang lain-lain aku tak perasan sebab matlamat aku nak makan mee udang je. Ayah order same tapi mak tak nak kate nak kongsi dengan ayah.

Samapi jer mee udang tu, aku tak kagum sangat macam orang -orang lain sebab aku dah pernah makan 3-4 kali, ade la dalam 7-8 bijik udang besaw-besaw jugak. Kedai aku makan dulu ade dalam 14 bijik udang tapi kuah die takde la se'kaw' kuah sini. Aku hirup dengan penuh feeling, mee pulak 50% aku bagi kat mak. Aku memang tak makan sangat mee/laksa, aku suke makan kuah jer. Fulamak, memang kenyang la, kalau sebelum ni aku mintak udang dari ayah, ni aku lak offer kat mak makan udang aku, memang full giler perut.

♥mee udang yang maveles♥

♥mak ngan ayah yang enak menghirup kuah♥

Balik tu, hujan dah turun renyai-renyai, tapi kami  tak heran sebab perut dah kenyang. Tibe-tibe ternampak signboard pasal hutan simpan bakau. Walaupun dah beratus kali pergi Matang, tapi tak pernah masuk. Mule takot jugak nak masuk takut kerna mintak kebenaran ke , tapi ayah men redah je, ayah aku ni degil sikit, kalau die nak tu nak la, sebijik macam perangai aku, hah. Jadi melawat la kat situ, ade satu jeti dan muara sungai. Jeti tu memang cantik dan nampak baru. 

Ayah sempat sembang dengan sorang penjaga kat situ dan die cakap ade satu laluan untuk tengok paya bakau. Dalam otak aku dah pikir dah mesti titi kecik pastu tengok paya bakau. Rupenye sangkaan aku tak betol, titi tu kayu dan cantek, kat dalam tu ade chalet dan hall yang sesuai untuk sebarang program motivasi. Ade lebih kurang 10 ke atas chalet dan dinamakan dengan name pokok-pokok bakau. Laluan tu berakhir dengan satu lagi jeti yang cantek, ayah dan stop situ untuk aku snap gambar.Ade satu lagi laluan, tapi mak dah tak larat dah , so kami pun patah balik.

♥titi laluan tengok paya bakau♥

♥ade bot kayu sebagai hiasan permulaan jln♥

♥pemandangan yang maha cantik ciptaan ilahi♥

♥hall terbuke sesuai utk motivasi/janadiri♥

♥berhenti sebentar dgn kit kat♥

♥pokok bakau berakar tunjang♥

♥papan tanda yg memudahkan pengunjung yg benok ttg pokok bakau mcm aku♥

♥bersantai smbil sembg kencg♥

Balik tu kami lalu jalan landasan keretapi antara taiping ke portweld yang femes dulu, tapi laluan tu dah ditarkan dan jadi jalan raye. Jalan tu agak kecik dan muat untuk sebuah kereta je. Naseb baik takde kereta bertembung. Jalan tu agak menakutkan sebab lalu ladang kelapa sawet dan perumahan kaum India. Aku rase mebi dekat dengan estet kot. Jalan tu tembus kat Aulong dan balik tu singgah Bigseed sebab aku nak beli acuan kertas untuk buat Biskut Sarang Semut. Sedap sangat. Nanti aku share eh. Krup..krup--->makan biskut.

Wednesday, July 7, 2010

Class Schedule For 5th Semester

MONDAY
0900-1100: SEB 3273/1 - 3.216
1100-1200: SSE 2193/45 - 3.216
1400-1600: SWB 3223/1 - 3.216
1600-1700: SEE 3533/10 - 3.216

TUESDAY
0900-1100: SEE 3533/10 - 3.216
1500-1600: SMU 3623/1 - P23
1600-1700: SEB 3273/1 - 3.216

WEDNESDAY
0900-1100: SMU 3623/1 - P23
1100-1300: UHB 3042/8 - 3.216

THURSDAY
1000-1100: SWB 3223/1 - 3.216
1400-1600: SSE 2193/45 - 3.216

FRIDAY
1000-1200: UHB 3042/8 - 3.216
1500-1800: SEE 3732/10 - LAB

Jadual class tuk sem depan..adoiai~

Part Muke/Badan Yang Aku Tak Suke :(

Tadi, ade anak tikus, jalan terkedek-kedek depan aku, tak sedar diri! Demn. First aku ingat hamster aku terlepas, tapi pelik gak sebab ekor die panjang sikit. Saje je tikus tu nak saketkan ati aku, aku memang penakot sikit kat tikus, bukan sebab takot macam takot kat antu, tapi geli la sebab die lari laju sangat, bayangkan die masok seluar aku,tak ke haru tu, oh no. Aku siap tepon mak aku lagi khabarkan berita "gembira" ni. Vunguks nye tikus, pegi la maen kat dapur, depan rumah gak die nak explore.

Beberape ketike kemudian....

Mesti korang pernah satu hari, 2 hari or selamanye pernah ade perasaan tak puas hati kat rupe paras dan tubuh badan sendiri kan. Aku dulu jenis tak kisah pun hal  badan ke tapi aku kesah pasal kecantikan kulit muke. Tapi badan dengan muke aku banyak lak songehnye,haish~Aku nak list ape yang aku tak suke kat badan/muke aku dan cube untuk mencantikkanye.

  • Kulit aku agak gelap dalam family, bukan gelap sangat tapi macam sawo matang la, akak aku pulak kuning langsat, so aku memang bengkek sikit la sebab akak aku cerah dari aku. Si die pun kulit cerah susu, comey bangat~auww...Bile die bersin je, idung die akan jadi pink macam clown..kyaaa~~
  • Perut aku sekarang berlipat sebab jarang bersenam walaupun badan aku slim.Arghh..tension dengan perut aku.
  • Pehe aku agak besar lepas aku hentikan program diet secara keras,aku dah start makan nasik,ayam,nasik,ayam,mekd,kfc,(Tikus kecik tu pandang aku sekaramg..eiiii...geram,mane ayah aku ni,balik la cepat!!)..
  • Kulit muke aku jenis sensitif, bile aku tak basuh muke je malam tu,esoknye mesti jerawat 1-2 naik.Adeyh.Tensen~
  • Rambut aku selalu gugur sebab kulit kepala aku berminyak, mase kecik rambut aku panjang, so aku malas nak basuh rambut, kulit aku pulak jenis berminyak, so rambut aku gugur smpai ade bahagian kulit kepala nampak..waaa..tak nak botak di usia mude.
  • Mate aku pun rabun makin bertambah, ni gara-gara aku bace komik doremon dalam gelap mase kecik. So, aku tekad,anak aku nanti, aku akan sediakan lampu tidur,pesanan penaja- jangan bace dalam gelap lagi, nanti jadi rabun macam maknye.
  • Tangan dan kaki aku banyak bulu roma, sampai ayah aku perli-perli usap-usap bulu roma aku. Cezz..Ade satu hari tu, aku kesian tengok seko nyamuk ni cube nak hisap darah kat tangan aku, tapi terhalang dek bulu roma aku yang agak lebat.demn!
  • Warne kulit muke dengan badan pun tak sekata, kalau aku dah kerja nanti.nak pergi spa hari-hari buat lulur.huh.
aku depress.tikus tu.ade kat depan,tadi die g dapur.budus.vavi(opsss)..

tak abis lagi

same je rupe die

tikus tu maen aci nyorok dengan aku, cabar ea,siap ko!!!!

Tuesday, July 6, 2010

Adik Bongsu dan Kedut Di Bawah Mata

Di malam yang hening, aku baru je selesai tempek mask Garnier Self-Exploiting heat yang aku baru beli kat Watson  tadi.  Dah lame aku tak memanjekan muke aku ni, jawat pun dah naek sebijik kat dahi (*padan muke aku*). "Lagi 3 minit lagi nak basuh nak basuh ni ,"getus hatiku.Tibe-tibe mak yang sedang sebok ke hulu ke hilir nak siap pergi keje tegur aku, mak aku keje shift malam rini.

"Ape yg puteh kat muke tu, mask kew?" mak aku tanye.

Aku angguk je, aku memang malas sikit nak bukak mulut, ngeh2. Aku taw, mak aku mesti nak try gak tu, memandangkan die keje, die tak dapat la nk try..kui3.Tibe-tibe...

"Waaa,kedut kat bawah mate!!! Cemane boleh ade??Waaaa~kyaaa~~," jeritku dengan nada terkejut.(*yela,xkan seronok pulak kan ade kedut.)

"Tu la, kecik-kecik dah ade kedut, pakai macam-macam lag,"bebel mak.

" Pftt..Dah 21 dah mak, kecik ape nye lagi, "jawab aku, aku ni memang anak durhaka sikit, suke menjawab.
 
Tu la mak dengan ayah aku, still anggap aku kecik sedangkan umur aku dah besor dan boleh mengundi dah. Aku tak taw la sebab ape, mungkin sebab aku anak bongsu kot, so dorang still anggap aku kecik lagi. Bayangkan, aku keluar date dengan bf aku, jenuh die suruh balik pukul 8 malam. Sedangkan mase tu aku kat KL, tapi naseb baik dorang bagi an. Bf aku pun nak kejar bas, tu pun jenuh die pujuk aku jangan nanges. Macam dalam drama lak tengok aku nanges dalam monorel..kui..kui..

Lagipun aku suke tengok citer kartun, mase umur 19 tahun, aku suruh ayah aku tukar cenel National Geo dengan Cartoon Network.hahaha.Best per tengok kartun, comey-comey lak tu.

Pastu ade member aku tanye nape aku tukar name fb aku pade Tamama tuuuut.. . Aku pun explain aku minat tengok 1 anime ni kat Animax, Keroro Gunso.

Beliau : Macam dak-dak la ko ni.
Aku : Arrow tercucuk dada.☹

Ceh, kejam gile ayat, peminat anime bukan kanak-kanak key. Ni kire hobi masing-masing, ade suke menjala ikan, bercucuk tanam---> hobi kew?, tengok citer biru (*alamak terlebey suda), dll. Macam kat Jepun tu, dorang adekan pertandingan cosplay.Ape itu? Nanti aku story,

iklan,
my hometown is..
Taiping, (aku tambah sendiri)
S.Petani,
N. Sembilan ( tak le blah aku dengar pompuan tudung merah ni sebut)

This is,
my Malaysia,
and this is,
MysTory...

Dahlah, jenuh nak bace kan.hahaha..

Besambung...

Monday, July 5, 2010

Sah Cristiano Ronaldo Bakal Dapat Anak lelaki

sumber dr fb CR..cp yer~

Ingat tak entry aku pasal CR bakal jadi ayah sebelom ni? Ketidakpastian aku terjawab dengan keluarnye berita tentang CR akan bakal jadi ayah di HM dan menunjukkan fb CR kat aku tu adalah yang ori...mihahahah...vangga2~

HM menyatakan,ayat skema sikit puan-puan yang berita ini memang dah tercatat pade Twitter dan FB die, aku takde lagi Twit die dan dipercayai anak tersebut akan dijaga oleh CR sendiri sampai lew besaw. Menurut desus-desus menyatakan lagi yang mungkin anak tu anak kepada model Russia yang pernah dikaitkan dengan CR sebelum ni. Papepun, semoga my CR sukses selalu dan dapat menjadi dedi yang baik. Jgn Puya-puya dah lepas ni yer.

iklan kejap~
(> " " <) (> " " <) (> " " <)
( ='o'= ) ( ='o'= ) ( ='o'= )
-(,,)-(,,)- -(,,)-(,,)--(,,)-(,,)-....

 baba,belang,wanita

----> 3 Ekor anak Kucen tuk my BF Mohammad Jabbar

My Story-Tagged

Lepas kenyang baham mee bandung dengan satay yang sejuk tu, aku ade ilham utk berkarya kembali, eceh,so apokondo gambo kek atas 2? Aku di tagged!! Yeha~Vangga2..dekat sebulan gak ak tak kene tagged ni, windu lak, alih-alih dapat pulok The Bestest Blog..miahahah..

"tepuk tangan ramei-ramei suke-suke,
lalalalaalalalalala,
goyang badan goyang kaki.,
horey, 
horey, 
bergembira, 
bergembira, 
hahaha,,lalalal"

Okie-okie, terover lak, aku dapat tagged ni dari~Jeng3

Pehtu kene jawab lak intebiu, lets go bebeh~

 1.Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.

Trimas der~ ♨
 
2.Sila beri award kepada 5 blogger yang lain

 3.Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?
Beliau suke minum milo kowt~

Rumah Baru Cristiano Ronaldo

Mesti heran kan ak sejak kebelakangan ni rajin bebenor buat entry pasal CR ni. Sebenarnye dah lame aku fond dekat die, before die jadi femes macam sekarang ni, bukan ak mate keranjang ke mate sepak ke, eh, tapi aku suke care die maen bola, ade style terkini gitu.

Ok, dengar cerita CR baru je beli rumah baru dekat Madrid, wah wah wah, sejak bertukar ke kelab Real ni, makin murah rezeki CR yer. Ikut sumber yang tak boleh dipercayai rumah die dekat dengan rumah presiden Real Madrid Ramon Calderon dan pengurus Bernd Schuster.

Berite ni dah lame sebenarnye, hahaha, tapi patut la die beli rumah kt Madrid mase tu, rupenye die nak pindah ke Real. Lagipun media Inggeris ni kan ade perangai buruk, mule-mule die naikkan name polan tu, bile dah takde story, cari jalan or cerita hangat nak siarkan dan menjatuhkan CR terutame pasal kisah yang die suke berfoye-foye dngan pelacur kelas atasan. WTF.Hu~apapun, ak still minat/fond/suke/ex-gf pade CR.yeah~

Sunday, July 4, 2010

Cristiano Ronaldo Jadi Ayah??

Aku mule pun tak percaye hal ni, tapi macam pelik jugak sebab ade ke selebriti akan confess macam ni kan..papepun aku dapat ni dari fb cristiano ronaldo sendiri. Kalau tak silap aku, pemain Man U tak boleh ade fb kan. Layan je la~

Kalau betol pon, congratez, mesti anak terer main bola macm bapaknye juge...sob3...sob3...CR!!!!!!!
(T_T)

Friday, July 2, 2010

♬Lirik & Chord Gitar: Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi♬

 Walaupun sekarang ni kecoh pasal kisah videon porn Ariel, tapi tak bermaksud muzik yang 
dihasilkan tak bagus kan.Lagu die memang menyentak jiwa..ecehh~Layan~ 
 
Hari yang Cerah Untuk Jiwa yang Sepi

Intro : Am F [2x]

Am
pagi biar kusendiri
F
jangan kau mendekat
Am
wahai matahari
Am
dingin hati yang bersedih
F
tak begitu tenang mulai terabaikan

Int: Am F Dm F C

Am C
hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Am C
begitu terang untuk cinta yang mati
Am F C Bes F C
ah... ku coba bertahan dan tak bisa

Int : Am F [2x]

Am
biru langit kelabuku
F
tak begitu luas seperti memudar
Am
kini tak terulang lagi
F
di hari yang cerah dia telah pergi

Am C
hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Am F C Bes F C
ahh... ku coba bertahan dan tak bisa
Am F C Bes F C
ahh... mencoba melawan ku lepas
Am C
hari yang cerah untuk jiwa yang sepi...
Am C
begitu terang untuk jiwa yang mati

Am C
hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Am F C Bes F C
ahh... ku coba bertahan dan tak bisa
Am F C Bes F C
ahh... mencoba melawan ku lepas
Bes F C
semua telah hilang ....
Bes F C
semua telah ....
ஐ~ஐ~ஐ~ஐ~ஐ

Pasangan Kekasih Maut di bahu Jalan

SAO PAULO 2 Julai - Pasangan kekasih yang memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengadakan hubungan seks maut selepas kereta itu dilanggar sebuah trak, kata polis.
Jurucakap polis, Liliane Nascimento berkata, ketika melalui jalan berkenaan, pemandu trak itu tidak dapat melihat kereta pasangan itu di bahu jalan kerana kabus tebal.
Kedua-dua pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian. - AP

Sumber-Utusan Malaysia Online

Kritikan-macam kt dunia ni , find a romm plzz bak kate omputeh..hahah

Tawaran Biasiswa JPA Dalam Negara

Memandangkan ramei member aku tanye pasal JPA ni, ni ade info untuk anda..selamat maju  jaye..dah kaye nanti jangan lupe banje orang miskin disini~
Salam sejahtera untuk semua.
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50
3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

BIDANG TAJAAN

  • Perubatan
    - Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    - Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    - Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    - Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    - Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Ikhtisas
    - Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
  • Perubatan / Pergigian – 10 tahun
  • Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
  • Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
  • Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
  • Pengurusan / Sastera – 4 tahun
  • Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
sumber dari http://beliamuda.com

Baju Kurung Cotton Jepun dan 2pm ஐ

Sejak Peti Suara memfofularkan baju kurung cotton, ramei sudah yang teraddicted dengannye, termasuklah aku, tapi mak aih, harge die bukan murah, semeter RM20, pokai la $$$$..Kalau 4 meter bidang 45, hargenya RM80. Malangnye aku tak dapat lagi cotton Japanese, but dapat cotton biase je, tapi sebelom gadoh dengan my dedi, die janji nak belikan mase bulan 7 nanti, dapat wang besar katenye.."wang besar...wang besar..." tapi lepas gadoh ni tak taw la die masih nak belikan ke tak..hu~~(ToT)

macam kaen cadar pn ade..hmm

Cukup lah pasal baju kurung cotton dan sepupu sepapatnye, mari kite bergosip pasal kumpulan idol dari Korea iaitu 2PM. Sebenarnye, aku dah download full album 2PM, rase cam ok-ok bile dengar, pastu aku ade tonton lak satu realiti tv kat KBS World, ade lah satu member group ni turut serta, pandai lak cakap bahase Thai, hebat. Aku mule la browse sane sini cari video klip die kat youtube dan ade satu video die kalau tak silap lah "Again and again" memang sangat kewl giler..Nanti aku nak belajar tarian die and upload kat youtube lak..hahah nantikan~

Ni ader 1 lirik yang emang aku rase agak kewl dan bernada techno..

yg hujung sekali tu ade berlakon citer cinderella's stepsister yg pernah aku gosipkan dulu~

Tired Of Waiting Lyrics

gidarida jichin da YOU KNOW?

gidaridaga jichinda... MM~
YOU KNOW non~ non ne mam ani OOH~ (YOU KNOW, YOU KNOW)
gidaridaga to jichinda... MM~
nonun ajigdo nar gioghani OH NO, NO~~

haruga jinado nan norur mod ijo
handari jinado nan norur mod nwajwo
ajigdo nor wonhan ne mamur ani OH NO~ NO~~~

norur gidarida jichyo michigo
to haru haru meir gathi irnyoni gadgo
OH~ nan (na na na~~) gidaridaga nor gidaridaga
gumbang irado niga dashi orgodman gadgo
dwidorasomyon dashi norur borgodman gatha
OH~ nan (na na na na~~) jichyo michigo nan jichyo michigo YEAH

niga orka bwa to chamnunda (OH~ YEAH, YEAH~)
norur ajigdo nan gidarinda OH YEAH~~~
handari jinado nan norur mod ijo
irnyoni jinado nan norur mod nwajwo

norur gidarida jichyo michigo (OH~ NO~)
to haru haru meir gathi irnyoni gadgo (NO, NO~)
OH~ nan (na na na~~) gidaridaga nor gidaridaga YEAH
gumbang irado niga dashi orgodman gadgo (OOH, OOH~)

OH~ nan (na na na na~~) jichyo michigo nan jichyo michigo YEAH~
OH YEAH~

we irohge nan jaku himdunde
moridsogi bogjabhe jugethne (YEAH, YEAH, YEAH~)
gidarigo gidaridon nainde
ajigdo soshigi obnunde (OH~~)
no teme urdon nega aninde
na teme tonar niga aninde (OOH~ YEAH, YEAH, YEAH..)
ocheso iron nega himdunde
http://www.elyricsworld.com/tired_of_waiting_lyrics_2pm.html
otohge jigum nomu himdunde

irnyon irado nan gidarirgoya
shib nyonirado nan gidarirgoya
OH~ nan nan nan nan~ nan nan nan nan~
gidaridaga (OH!) nan jichyodo joha (OH~ YEAH)

norur gidarida jichyo michigo (jichyo michigo~~)
to haru haru meir gathi irnyoni gadgo (irnyoni gadgo)

(gidaridaga..)
gumbang irado niga dashi orgodman gadgo (OOH OOH~~~~)

OH~ nan (OOH~) (na na na na~~) (YEAH, YEAH~)
jichyo michigo nan jichyo michigo YEAH~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails